PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
TOPIK 3
2.0 PERANAN USUL FIQH
TERHADAP DALIL DAN HUKUM 4
3.0 HUBUNG KAIT ANTARA ILMU FIQH, USUL FIQH
DAN QAWA’ID
FIQH SERTA APLIKASINYA 6
4.0 KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENYUSUNAN ILMU
USUL
FIQH HARI INI 11
5.0 KESIMPULAN 13
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Usul fiqh merupakan satu-satunya manhaj ilmiah
untuk mengistimbat hukum syarak. Ia merupakan panduan untuk memahami serta
mentafsirkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika merumus hokum-hakam dan mensabit
pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan
dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hokum-hakam amali
bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk
perbuatan hati. Di samping itu juga, manhaj bukanlah teknik atau sistem kajian
ilmiah sebaliknya ia adalah jalan (al-tariqah) yang akan memandu seseorang
pengkaji menemui kebenaran sama ada dalam bentuk berita yang hendak dipastikan
kesahihannya iaitu perkhabaran melalui periwayatan yang sampai kepada asal atau
isu yang hendak dipastikan kebenaran atau kepalsuan buktinya. Manhaj ilmiah
juga adalah suatu ilmu yang telah disaring serta lengkap yang boleh diyakini
untuk dijadikan sumber ilmu. Ia bukanlah ciptaan dan rekaan kerana jika ia
adalah suatu rekaan, maka pasti memerlukan kepada manhaj yang lain untuk
memastikan manhaj yang pertama tepat, benar dan seterusnya memenuhi spesifikasi
ilmiah. Selain itu, melalui manhaj yang telah sedia wujud ini juga merupakan
penyeru atau penyokong kepada pembaharuan dan tidak sewenang-wenangnya boleh
dipermain atau mengubah hukum syarak. Maka, asas-asas hukum yang kononnya
hendak diperbaharui itu tidak akan terhasil dengan dawabit yang yang terikat kemas
dan mempunyai manhaj yang mengawalnya. (Muhammad Adib bin Samsudin 2010) Oleh
itu, pengenalan terhadap usul fiqh akan diterangkan secara terperinci dalam
penulisan ini untuk kita mengetahui kaedah pengistinbatan hukum dengan
menggunakan kaedah usul fiqh.
Perkataan usul fiqh adalah kombinasi daripada
dua perkataan al-Usul dan perkataan al-Fiqh. Daripada kedua-dua perkataan ini
digabungjalinkan menjadi satu rangkaian perkataan iaitu Usul al-Fiqh. Oleh itu,
untuk memberikan definisi kepada ilmu usul fiqh ini boleh dilihat dari dua
sudut atau pendekatan. Pertamanya ialah definisi secara Idafiyy atau dengan
kata yang lain definisi secara Idafiyy ialah melihat kepada tiap-tiap perkataan
iaitu perkataaan usul dan perkataan al-fiqh. Seterusnya makna bagi setiap
perkataan itu digabungkan menjadi satu definisi yang dapat menyampaikan maksud
dengan jelas dan inilah yang diistilahkan sebagai ilmu Usul al-Fiqh. Keduanya
ialah definisi secara mufrad iaitu dengan melihat pada kedua-dua perkataan itu
sebagai satu rangkaian yang khusus tanpa dipisahkan antara satu sama lain.
1)
Dalil. Misalnya
kepada kefardhuan solat: أَقِيمُوا الصَّلَاةَ
Ertinya: Maka
dirikanlah solat. (Al-Baqarah 2: 83) Ini bermakna kewajipan menunaikan solat
berdasarkan kepada dalil al-Quran di atas.
2)
Kaedah
yang berterusan. Contohnya keharusan memakan bangkai berlawanan dengan hukum
asal iaitu kaedah yang sentiasa dipakai ialah hukum memakan bangkai itu haram
kecuali keadaan darurat.
3)
Rajih.
Misalnya pada percakapan itu ialah hakikat iaitu yang rajih pada pendengar itu
adalah sesuatu yang hakikat.
4)
Sesuatu
untuk dijadikan sebagai qiyas. Contohnya rukun qiyas terbahagi kepada empat
iaitu al-asl, hukum al-asl, furu’ dan ‘illah. Sementara itu, perkataan al-fiqh
dari segi bahasa adalah bermaksud faham. Selain itu, perkataan fiqh juga
ditakrifkan sebagai mengetahui maksud atau tujuan seseorang. (al-Amidiyy 1909)
Manakala pengertian fiqh mengikut istilah hukum syarak pula ialah: Mengetahui
ketentuan hukum-hukum syarak yang tertakluk kepada perkataan dan perbuatan
orang-orang yang mukallaf yang didapati hukum-hukumnya daripada dalil-dalil
yang terperinci. (Al-Asnawiyy 2005) Hukum syarak secara amali ialah perkara
yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf, seperti solat, puasa, zakat, jual
beli dan jenayah.
2.0
PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN
HUKUM
Peranan
usul fiqh menyiapkan kaedah-kaedah dengan mempergunakan dalil-dalil yang
terinci yang diperlukan dalam menetapkan hukum syara’. Ringkasnya bahawa
peranan Usul Fiqh itu adalah kaedah-kaedah yang dipergunakan mengistimbathkan
hukum dan dalil-dalil yang terperinci dan kuat. Jadi Usul lebih dahulu, baru
lahirnya dari Fiqh, sebab Fiqh diciptakan dari Usul Fiqh, maka peranan usul itu
adalah apa-apa yang diciptakan di atasnya usul adalah lainnya usul yaitu Fiqh
(hukum islam). Maka kedudukan Usul Fiqh itu adalah sebagai dasar dari Fiqh
Islam ertinya: Usul Fiqh itu merupakan sumber-sumber atau dalil-dalil dan
bagaimana cara menunjukkan dalil-dalil tersebut kepada hukum syara’ secara
ijmal atau garis besar. Dengan kata lain tanpa pembahasan mengenai Usul Fiqh,
maka Fiqh tidak dapat didapatkankan, kerana asasnya (usul fiqh) wajib difahami
terlebih dahulu.
Jadi
peranan dan kedudukan Fiqh dan Usul, adalah suatu perkara yang tidak dapat
dipisahkan, kerana keduanya saling memerlukan, dalam sasaran menerapkan hukum
Islam terhadap orang-orang yang mukallaf.
Peranan
Usul al-Fiqh dalam mengistimbahtkan Hukum Islam menurut (Muhammad Abu Zahrah,
2002, Usul Fiqh) seorang ulama kenamaan dari Mesir. setidaknya ada dua peranan
yang dimainkan oleh Usul al-Fiqh, iaitu: Sebagai kaedah yang menjadi pegangan
bagi seorang faqih yang hendak berijtihad. Sebagai kaedah (qanun) yang menjaga
seorang faqih dari kesalahan dalam melakukan ijtihad (istimbaht hukum). Dalam
hal mengistimbaht hukum ini, Usul al-Fiqh boleh diibaratkan sebagai sebuah peta
jalan yang membawa seorang pengembara mencapai tujuannya sesuai dengan hukum
islam. Boleh dikira, antara satu mujtahid dan mujtahid lain memiliki ijtihad
Usul al-Fiqh yang berbeza-beza, namun memiliki tujuan yang sama, iaitu
melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dalam kerangka maslahah
manusia sebagai makhluk individu mahupun sosial.
Usul
fiqh juga amat penting dalam mengawal kaedah pendalilan dengan membezakan
antara dalil-dalil yang sahih dan dalil-dalil yang palsu. Ini kerana, dalam
zaman yang serba canggih. Pelbagai penyebaran fitnah tentang dalil-dalil mudah
tersebar. Sebagai contoh, penggunaan laman web, terlalu kerap tersebar tentang
dalil-dalil palsu yang akhirnya banyak mengelirukan mukallaf dan mualaf. Selain
tentang kesahihan dalil. Pendalilan yang tepat juga penting kerana bukan semua
dalil yang sahih digunakan dengan cara pendalilan yang betul. Dengan usul fiqh
juga usaha ijtihad menjadi mudah dalam mengeluarkan hokum yang sesuai dengan
perkara-perkara baru yang berbangkit. Usul fiqh juga mempunyai adab-adabnya.
Malahan, mufti mempunyai syarat-syaratnya. Ini kerana, penerangan kaedah-kaedah
fatwa sesuatu yang sangat berat kerana ianya adalah hukum allah s.w.t.
Secara
tidak langsung, usul fiqh menjaga dasar-dasar pendalilannya dan menyanggah
kesamaran golongan yang menyeleweng. Maka, aqidah islam lebih terpelihara.
Dalam pemeliharaan dalil-dalil ini, para mujtahid mengawal kaedah-kaedah
perdebatan dan perbincangan selalunya terlebih dahulu merujuk kepada dalil-dalil
yang sahih lagi muktabar. Malahan, usul fiqh juga tersurat dengan toleransi
islam demi mengekalkan kesejahteraan, kemudahannya dan juga kebaikannya.
3.0 HUBUNG
KAIT ANTARA ILMU FIQH, USUL FIQH DAN QAWA’ID FIQH SERTA APLIKASINYA
|
Berdasarkan
rajah 1.0 diatas. Adalah, berkaitan dengan kaedah-kaeda usul fiqh. Perkataan
qawa’id pada bahasa adalah asas. Usul fiqh pula merupakan ilmu yang
membincangkan kaedah bagaimana penentuan suatu hukum syarak dilakukan.
Daripada usul fiqh lahirnya hukum fiqh. Daripada hukum fiqh pula
terbentuknya qawa’id fiqh.
Kaedah
usul fiqh memuat pengisian tentang mengistimbaht hukum dari sumber aslinya
iaitu Al-Quran dan al-sunnah. Dengan menggunakan pendekatan secara perbahasan.
Sedangkan kaedah fiqh merupakan petunjuk perlaksanaan dalam mengistinbathkan
hukum Islam. Namun kedua kaedah tersebut merupakan kaedah dalam
mengistimbathkan suatu hukum, satu dengan yang lainnya tidak dapat dipisahkan,
sebab keduanya saling memerlukan, dalam sasarannya menetapkan hukum Islam
terhadap mukallaf.
Sebagai
contoh Surah Al-maidah ayat 3:
Ertinya: diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,
daging babi…. (Al-maidah :3)
Pada
ayat diatas menunjukkan tentang keharaman memakan bangkai, darah, daging babi.
dalam kaedah usul fiqh disebutkan bahawa:
الاصل
فى النهي للتحر يم
Ertinya:
“Asal pada larangan adalah haram.”
Mengenai
ini kaedah fiqh menjelaskan:
الحر
يم له حكم ما هو حر يم له
Ertinya:
“yang mengelilingi larangan hukumnya sama dengan yang dikelilinginya”.
Kaitan
kaedah fiqh dengan kaedah usul diatas adalah sebagaimana diharamkan memakan
bangkai, darah, daging babi, maka diharamkan pula untuk memperjualbelikannya
atau memanfaatkannya. Apabila bangkai, darah, daging babi itu diperjualbelikan.
maka, harga dari jual beli tersebut adalah haram hukumnya.
Begitu
juga apabila lemak bangkai dijadikan minyak lalu minyak itu dijual kepada orang
lain, maka jual beli tersebut menjadi haram hukumnya. Hal ini didasarkan kepada
kaedah fiqh diatas bahawa pada hakikatnya yang dikelilingi adalah keharaman
memakan bangkai, darah, daging babi. sedangkan yang mengelilinginya adalah
menjual dan memanfaatkannya, hal ini diharamkan kerana hukum asalnya adalah
haram.
Ilmu
fiqh mempunyai hubungan erat dengan qawa’id al- fiqh kerana kaedah ilmu fiqh
merupakan kunci berfikir dalam pengembangan dan pemilihan hukum fiqh. Dengan
bantuan qawa’id fiqh semakin jelas semua permasalahan hukum baru yang tumbuh
ditengah-tengah masyarakat. Secar tidak langsung dapat ditampung oleh syari’at
Islam dan dengan mudah serta cepat dapat dipecahkan permasalahannya.
Menurut
al-Baidhawy (w.685) dari kalangan ulama syafiiyyah, usul fiqh adalah:
معرفة
دلا ئل الفقه اجمالا وكيفية الستفادة منها وحال المستفيد
“pengetahuan
secara meluas tentang dalil-dalil fiqh, kaedah penggunaannya, dan
keadaan(syarat-syarat) orang yang menggunakannya.”
Definisi
ini menekankan tiga objek kajian usul fiqh, iaitu:
Dalil
(sumber hukum)
kaedah
penggunaan dalil, sumber hukum, atau kaedah penggalian hukum dari sumbernya.
Juga, Syarat-syarat orang yang berkebolehan dalam menggali (mengistimbath)
hukum dan sumbernya.
Dengan
demikian, usul fiqh adalah sebuah ilmu yang mengkaji dalil atau sumber hukum
dan kaedah istimbath hukum dari dalil atau sumbernya. kaedah penggalian hukum
dari sumbernya tersebut harus ditempuh oleh orang yang berkebolehan seperti
ulama yang muktabar.
Kemudian
tujuan dari pada usul fiqh itu sendiri adalah untuk mengetahui jalan dalam
mendapatkan hukum syara’ dan cara-cara untuk menginstimbatkan suatu hukum dari
dalil-dalinya. Dengan menggunakan usul fiqh itu, seseorang dapat terhindar dari
jurang taqlid.
Usul
fiqh itu juga sebagai pemberi pegangan pokok atau sebagai pengantar dan sebagai
cabang ilmu fiqh itu, berisikan antara lain teori-teori hukum baik berupa
asas-asas hukum, dalil-dalil atau kaedah-kaedah usul fiqh yang harus digunakan
untuk dapat memahami syari’at itu dengan baik.
Dapat
dikatakan bahawa usul fiqh sebagai pengantar dari fiqah, memberikan alat atau
sarana kepada fiqh dalam merumuskan, menemukan penilaian-penilaian syari’at dan
peraturan-peraturannya dengan tepat.
Hukum
yang digali dari dalil atau sumber hukum itulah yang kemudian dikenal dengan
nama fiqh. Jadi fiqh adalah hasil dari usul fiqh. Sebuah hukum fiqh tidak dapat
dikeluarkan dari dalil atau sumbernya (nas al-Qur’an dan sunah) tanpa melalui
usul fiqh. Ini sejalan dengan pengertian harfiah usul fiqh, iaitu dasar-dasar
(landasan) fiqh.
Misalnya
hukum wajib solat dan zakat yang diistimbath dari ayat Al-Qur’an surat
al-Baqarah (2) ayat 43 yang berbunyi:
واقيموا
الصلاة وءاتواالزكوة .......
“dan
dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat ...”
Firman
Allah diatas berbentuk arahan yang menurut ilmu usul fiqh, arahan pada asalnya
menunjukan wajib selama tidak ada dalil yang merubah ketentuan tersebut ( الاصل
فى الامر للوجوب).
Menurut
at-Thahanawi, qawa’id menunjukkan pengertian yang lebih kurang sama dengan
pengertian dasar, qanun (undang-undang), dha’bit (catatan penting) dan maqasid
(tujuan), yang secara umum menurut at-Taftazani kata kaidah menunjuk pada:
امر
كلى منتبق على جميع جزئياته عند تعرف احكامها منه
“Ketentuan
yang bersifat umum yang sesuai terhadap semua bahagian-bahagiannya yang bersifat
terpisah, ketika hendak mengetahui ketentuan hukum yang bersifat terpisah
tersebut daripadanya.”
menurut
Abu al-Baqa’ al-Kafawi al-Hanafi:
قضية
كلية من حيث استمالها بالقوة على احكام جزئيات موضوعها
“Qadhiyyah
kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang secara asalnya mencakupi semua
ketentuan hukum yang bersifat juz’I yang berada dalam ruang lingkupnya”
Sementara
al-jurjani mendefinisikan:
قضية
كلية منتبقة على جميع جزئياتها
Qadhiyyah
kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang dapat diterapkan kepada semua
juz’iyyah nya”
Sedang
menurut at-Taftazani:
حكم
كلي ينتبق على جزئياته ليتعرف ااحكامها منهه
“Hukum
yang bersifat kulli (umum) yang dapat diterapkan kepada semua juz’iyyahnya yang
dari kaedah tersebut dapat diketahui hukum-hukumnya”
Ilmu
fiqh mempunyai pengertiannya, bila kedua kata ini digabungkan menjadi qawa’id
fiqh, maka ia menunjuk pengertian suatu cabang ilmu keislaman dengan definisi
sebagai berikut:
Menurut
Tajudin As-Subki:
الامر
كلي الذى ينتبق على جزئياته كثيرة نفهم احكامها منها
“ketentuan
yang bersifat umum yang dapat diterapkan kepada juz’iyyah yang banyak yang
dengan ketentuan tersebut diketahui hukumnya”
Menurut
Musthafa az-Zarqa:
اصول
فقهية كلية فى نصوص موجزة دسستورية تتضمن احكاما تشريعية عامة فى الحوادث التي تدخل
تحت موضوعها
Qawa’id
fiqh adalah dasar-dasar fiqh yang bersifat umum dan bersifat ringkas berbentuk
undang-undang yang berisi hukum-hukum syara’ yang umum terhadap berbagai
peristiwa hukum yang termasuk dalam ruang lingkup kaedah tersebut”
Selanjutnya
dua definisi menurut Ali Ahmad an-Nadawi:
حكم
شرعي فى قضية اغلبية يتعرف منها احكام ما دخل تحتها
“Hukum
syara’ dalam bentuk Qadhiyyah yang bersifat dominan yang dengan qadhiyyah
tersebut dapat diketahui ketentuan hukum mengenai peristiwa-peristiwa hukum
yang berada di dalam ruang lingkupnya”
Definisi
yang kedua iaitu:
اصول
فقهية كلي يتضمن احكاما تشرعية عامة من ابواب متعددة فى القضايا التي تدخل تحت موضوعه
“Dasar-dasar
fiqh yang bersifat umum yang mengandungi hukum-hukum syara’ yang umum dalam
berbagai bidang dalam bentuk qadhiyyah-qadhiyyah yang termasuk dalam ruang
lingkupnya”
Dapat
ditegaskan bahawa kenyataanya memang tidak ada satupun kaedah keilmuan islam
yang tidak mengandungi pengecualian. Perbezaannya hanya terletak pada sedikit
atau banyaknya pengecualian suatu kaedah disiplin ilmu dibanding dengan kaedah
yang berlaku pada disiplin ilmu lain. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa
imu qawa’id fiqh pada hakikatnya adalah sekumpulan kaedah-kaedah fiqh yang
berbentuk rumusan-rumusan yang bersifat umum yang didalamnya terkandung ketentuan-ketentuan
hukum fiqh dalam berbagai bidang yang temasuk dalam ruang lingkupnya.
Fiqh
membahas tentang bagaimana cara tentang beribadah, tentang prinsip Rukun Islam
dan hubungan antara manusia sesuai dengan dalil-dalil yang terdapat dalam
Al-Qur'an dan Sunnah. Oleh karena itu hubungan diantara Qawa’id al- fiqh dengan
fiqh sangat erat sekali karena qawaid fiqh dapat dijadikan sebagai kerangka
acuan dalam mengetahui hukum perbuatan seorang mukallaf. Ini karena dalam
menjalanklan hukum fiqh kadang-kadang mengalami halangannya. Misalnya kewajiban
solat lima waktu yang harus dikerjakan tepat pada waktunya. Kemudian seorang
mukallaf dalam menjalankan kewajibannya mendapat halangan, contohnya beliau
diancam bunuh, jika mengerjakan solat tepat pada waktunya. Dalam keadaan
seperti ini, mukallaf tersebut boleh menunda solat dari waktunya kerana nyawanya
terancam. Hukum boleh ini dapat ditetapkan lewat pendekatan qawa’id fiqh, iaitu
dengan menggunakan kaedah: ”الضرار يزال” bahaya wajib dihilangkan. Ini adalah salah
satu perbezaan antara qawa’id usul dengan qawaid fiqh. Qawaid usuliyyah menkaji
dalil hukum (nas al-Qur’an dan sunnah) dan hukum syarak, sedangkan qawa’id fiqh
mengkaji perbuatan mukallaf dan hukum syarak.
Demikianlah
hubungan antara fiqh, qawa’id fiqh, usul fiqh. Hukum syarak (fiqh) adalah hukum
yang diistimbath dari nas al-Qur’an dan sunnah melalui pendekatan usul fiqh
yang diantaranya menggunakan qawa’id usuliyyah. Hukum syarak (fiqh) yang telah
diistimbath tersebut diikat oleh qawa’id fiqh, dengan maksud supaya lebih mudah
difahami dan dikenal pasti.
4.0
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENYUSUNAN
ILMU USUL FIQH HARI INI
Keadaan
semasa yang kita alami menyaksikan ummat islam semakin mensia-siakan nusus
syara’, dengan beralasankan ketidaksesuaiannya pada masa sekarang mereka
membelakangkan al-quran dan al-sunnah dan menggantikannya dengan akal dan hawa
nafsu ataupun kepentingan peribadi sebab paling kuat menyokong pendapat ini
ialah dakwaan mereka bahawa nusus syara’ bercanggah dangan maslahah (al-raysuni,
ahmad dan Muhammad jamal barut,2000). Oleh itu maslahah mesti diutamakan.
Bagaimana kita hendak meyakinkan golongan ini bahawa satu-satunya rujukan dalam
bagi segala perkara ialah nusus syara’. Bermula dari kaedah-kaedah istimbaht
yang begitu berbagai dan terperinci sehinggalah kepada dalil-dalil hukum yang
disepakati dan tidak disepakati. Semuanya cuba membuktikan bahawa hanya nusus
syara’ yang boleh memberi bagi sebarang perkara lama atau baru. Istihsan
contohnya adalah salah satu dalil hukum yang tidak disepakati, sekalipun ia
secara zahirnya tidak bersandar kepada nas tetapi sebenarnya ia berdiri di atas
tuntutan nas khas untuk berkecuali dari hukum syara’.
Pada
zaman yang serba canggih ini manusia telah menobatkan akalnya sebagai raja yang
berkuasa melakukan segala-galanya. Kepelbagaian hasil pemikiran akal yang kita
Nampak hari ini menguatkan lagi dakwaan ini. Kita merasakan seolah-olah akal
kita bebas melakukan apa sahaja terhadap dunia ini termasuklah agama. Fahaman
ini jika diterima amat berbahaya terhadap kesucian agama kita. Ini tidaklah
bermaksud menafikan serratus peratus peranan akal dalam memahami syara’ tetapi
kita sewajarnya mengerti akal kita amat terbatas. Oleh itu kita berhajatkan
satu garis sempadan yang jelas dalam membatasi ruang lingkup pemikiran akal
manusia khasnya. Dalam perkara agama ada tiga pasang teori yang dibincangkan
oleh ilmu usul fiqh berkemampuan menjadi garis sempadan ini. Iaitu: teori
al-thubut dan al-taghayyur, teori al-ta’abbud dan al-ta’lil, dan teori al-qat’
dan al-zann. Bahagian pertama dari setiap pasangan teori ini mewakili kawasan
yang dilarang akal dari memasukinya, manakala bahagian kedua adalah kawasan
yang dibenarkan akal memasukinya dengan bersyarat. Apa yang kita sekarang akal
manusia telah mula memasuki kawasan larangan ini, dan mengakibatkan
ketidakharmonian system hukum islam. Contohnya, pada tahun 1961 presiden
Tunisia, Al-habib Borqibah telah melarang penduduk islam negaranya daripada
berpuasa Ramadhan demi menjaga ekonomi negara yang dikatakan termasuk di dalam
jihad yang besar. (Al-raysuni, Al-ijtihad, 2000)
Di
antara perkara yang ditangisi kehilangannya oleh ummat islam hari ini ialah
pengamalan ijtihad. Sejak beberapa dekad lamanya ummat islam terhimpit di dalam
cengkaman taqlid dan kesempitan berfikir. Kepesatan pembangunan ilmu yang
pernah dimiliki dahulu telah terkubur. Suara-suara yang mengajak kearah
menggilapkan kembali sinar ijtihad di akhir-akhir ini menunjukkan keinginan
ummat islam untuk bangun semula seperti waktu silam. Untuk menyambut seruan ini
dan alat untuk meneruskannya. Perbahasan yang penuh terperinci mengenai ijtihad
telah terbentang luas di helaian-helaian buku usu fiqh, bahkan ia tela di
sentuh oleh imam al-syafie di dalam kitabnya al-risalah. Beliau menyebut “dan
daripadanya (Al-bayan) apa yang telah difardukan allah keatas makhluknya
berijtihad di dalam menuntutnya”. Persediaan yang dimaksudkan di sini meliputi
konsep sebenar ijtihad, prasyarat-prasyarat untuk memikul tanggung jawab
ijtihad dan perkara-perkara yang diijtihadkan. Ini bermakna kita sewajarnya
menjadikan penguasaan ilmu usul fiqh sebagai langkah pertama dalam usaha
menghidupkan semula ijtihad pada masa kini.
Saban
hari kita menggunakan hasil kecanggihan teknologi untuk menyokong kehidupan
semasa kita. Kita merasakan kejanggalan untuk bersikap menerima terhadap
kemampuan teknologi dalam membantu amalan ijtihad mendapatkan hukum. Rentetan
daripada itu kita berasa aneh mendengar kenyataan bahawa perlunya pengamal
ijtihad itu mengetahui dan mengikuti arus sains dan teknologi, dan menguasainya
jikalau mampu mampu demi memastikan hukum yang terhasil berpijak di alam yang
nyata. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menyuarakan perkara ini, kata beliau: “dan
bagaimana seorang al-faqih muslim itu mampu untuk memberikan fatwa dalam permasalahan
penguguran atau pemindahan janin atau penentuan jantina janin, dan selainnya
daripada isu-isu baru sekiranya dia tidak memiliki pengetahuan yang ditemui
oleh ilmu sains tentang sperma dan ovum, cara pencantuman sperma dan ovum,
pembentukan sel-sel daripadanya, isu genetic dan factor-faktor warisan dan
sebagainya…”(Al-Qaradhawi, 1985) ilmu usul iqh mendidik pengkajinya untuk
bersikap terbuka dalam perkara ini, dan memberikannya ruang yang cukup luas
dalam melakukan pengadaptasian ini. Beberapa orang ahli usul dengan terangnya
memasukkan syarat memiliki ilmu pengetahuan semasa di dalam senarai
syarat-syarat kelayakan ijtihad. Contohnya, fatwa pengharaman bahan makanan dan
minuman yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi yang diwartakan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan pada 12 Julai 1999 tidak mungkin berlaku tanpa mengendahkan
pandangan ilmu sains.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan tentang kaedah yang dipakai oleh
para imam mujtahid dan muktabar dalam menetapkan hukum syara dari nas yang
bersumberkan al-quran dan al-sunnah. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil
illah yang menjadi landasan hukum serta mencari kemaslahatan yang menjadi
tujuan hukum syara’ yang dijelaskan dan diisyaratkan oleh al-Quran dan
al-Sunnah. Ilmu usul Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang
menjelaskan bagi seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari
dalil-dalil syarak. Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu
lafaz terhadap erti tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil
dan suatu illah dari nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Maka
jelaslah bahawa ilmu usul fiqh merupakan pedoman yang tepat untuk memahami
teks-teks perundangan di mana ilmu itu sendiri sangat mendalam dan boleh
menjadi kaedah bagi seorang ahli hukum di samping dapat melatih dan
mengembangkan kemampuannya dalam pengistimbahtan hukum-hukum.
(3045 patah perkataan)
RUJUKAN
Al-Raysuni, Ahmad dan Muhammad Jamal
Barut (2000). al-ijtihad: al-nass,
al-Waqi’, al-Maslahah. Beirut: Dar al-Fikr
Auda, J. (2008). Maqasid Al-Shariah A Beginner's
Guide (Vol. 14). IIIT.
Ali, M. D. (1990). Asas-asas hukum Islam, hukum Islam I: pengantar ilmu hukum dan tata
hukum Islam di Indonesia. Rajawali Pers.
An-Nadwi, A. A.
(2004). Al-Qawa’id Al-Fiqhiyah.
Damascus: Dar Al-Qalam, 6.
Jun, D. (2006). On
Al-ijtihad and Cultural Innovation. Arab World Studies, 5, 008.
Masail
al-fiqhiyah. Kencana, 2003.
Syafe’i, R.
(1999). Ilmu Ushul Fiqih.
Shiddieqy, M. H.
A. (1968). Pengantar Hukum Islam.
Bulan Bintang.
Tripp, C. (2006). Islam and the moral economy: The challenge of capitalism. Cambridge
University Press.
Al-Qaradhawi, Yusuf. (1985). Al-‘Ibadah fÊ
al-IslÉm (15th edn.). Al-QÉhirah: Maktabah Wahbah.
Zahrah, M. A. (1999). Ushul fiqh. Pustaka Firdaus kerjasama dengan Perhimpunan Pengembangan
Pesantren dan Masyarakat (P3M).
Zeidan, A. K. (1974). Al-Wajeez fi Sharh Al-Qawa’id Al-Fiqhiyah fi Ash-Shari’ah Al-Islamiyah.
Beirut: Muasasat Al-Risalah. distintions among related terms, namely
jurisprudential maxims, fundamentalistic maxims and jurisprudential canons.
Professor Abdul Baki As-Safi is a translation theorist and practitioner. He has
written two books on translation such as ‘Translation: Theory and Practice.