29 Jun 2019

KESAN KEDATANGAN TAMADUN CHINA

 

                                                                                                                         


ISI KANDUNGAN


1.0     PENGENALAN                                                                       2

2.0     KAJIAN ASAL-USUL RAKAN BERBANGSA CINA             3

3.0     KESAN KEDATANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP
          MASYARAKAT MALAYSIA                                                6

4.0     PESTA TANGLUNG                                                              9

5.0     PERANAN TAMADUN CHINA DALAM PEMBINAAN
BUDAYA MALAYSIA                                                           12

6.0     RUMUSAN                                                                             15

          RUJUKAN                                                                              16

1.0              PENGENALAN
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, tamadun dalam bahasa arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubung kaitkan dengan tamadun antaranya, ‘umran’ (Ibnu Khaldun,1332-1406M), hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah. Hanya 2 istilah sahaja yang popular dalam kalangan penulis-penulis Arab iaitu, tamadun dan hadarah. Didalam istilah barat pula tamadun disebut Civilization yang berasal daripada perkataan Latin, civitas yang bererti bandar.

Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul di dunia selain tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pembinaan,zaman peralihan dan zaman moden.Antara kegemilangan tamadun China adalah dalam sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta sains. Tamadun China sangat popular dengan system peperiksaannya yang mengambil masa selama 3 hari 3 malam dan hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru. Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran (Ahmad, 2012).

Konklusinya, asas kepada pembinaan sesebuah tamadun itu adalah aspek kebendaan dan kerohanian. Sehingga sekarang,kita masih lagi dapat melihat peninggalan tamadun-tamadun dahulu yang berkait rapat dengan asas pembinaan mereka semua, contohnya budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Tugasan ini akan membincangkan tentang tamadun China dan dan hasil pencapaian Tamadun China dalam konteks Malaysia.



2.0              KAJIAN ASAL-USUL RAKAN BERBANGSA CINA
Untuk bahagian tugasan ini saya telah memilih seorang rakan sepengajian saya yang berbangsa cina yang mana saya kenali semasa berada di Pusat Pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Sekolah Integriti Kajang. Rakan saya ini dikenali sebagai Vincent Soon yang berumur 33 tahun dan pernah menetap di Kelantan selama 8 tahun.

Antara sebab mengapa saya memlilih Vincent sebagai bahan kajian saya adalah Vincent sangat petah berbahasa melayu dan beliau juga mampu bertutur dalam dialek atau loghat Kelantan. Sekali dengar percakapan beliau, tidak tersangka yang yang beliau adalah seorang berbangsa Cina.

Vincent telah berkahwin dan pasanganya juga orang Cina yang berasal dari Kelantan. Sepanjang menetap di Kelantan, Vincent berkerja sebagai seorang guru di sebuah Sekolah Swasta di Kelantan. Selain Bahasa Cina dan Melayu, Vincent juga petah bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sungguhpun telah menetap lama di Kelantan, Vincent sebenarnya berasal dari Setiawan, Perak. Menurut Vincent, beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya. Datuknya berasal dari daerah Fujian, Tanah Besar Cina dan berhijrah ke Tanah Malaya pada tahun 1930 dan membuka perniagaan kedai runcit di Setiawan. Dan semasa berada di Tanah Melayu, datuk Vincent telah berkahwin dengan rakyat Tanah Melayu yang berbangsa Cina.

Perak pada waktu itu memang terkenal dengan kongsi gelap yang memonopoli semua kegiatan bijih timah disana. Mujurlah datuk kepada Vincent tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti yang menyelahi undang-undang semasa beliau berada di Perak. Sungguhpun begitu datuk kepada Vincent sangat dikenali di kampungnya kerana sifat beliau yang jujur dan amanah dalam menjalankan perniagaan.

Vincent sangat berbesar hati untuk berkongsi susur galur keturunan beliau yang mana saya rekodkan dalam bentuk carta di bawah.

Carta 1: Susur Galur Keturunan Vincent Soon

Walaupun petah berbahasa Melayu, Vincent masih lama mengamalkan budaya dan tradisi orang Cina. Sebagai contoh Vincent meraikan perayaan-perayaan orang Cina dan sentiasa ingat tentang keturunan beliau. Selain itu juga Vincent gemar memakan masakan-masakan orang cina yang mana beliau mampu memasaknya dengan sendiri. Budaya dan tradisi orang cina masih kuat di dalam dirinya walaupun beliau telah bergaul dengan bangsa-bangsa lain setelah sekian lamanya.

Dan disebabkan hal itu jugalah Vincent telah mengambil keputusan untuk mengekalkan nama cinanya dan anak-anak beliau juga mempunyai nama dari Bahasa Cina yang tersendiri. Vincent juga memasang cita-cita untuk menziarahi tempat asalnya di Fujian China pada satu hari nanti.

Sepanjang temuramah diadakan Vincent tidak putus-putus berceritakan tentang tentang budaya cina. Pengetahuan beliau dalam sejarah dan budaya Tamadun China sangat tinggi dan peluang tersebut tidak saya lepaskan untuk saya pelajari sepanjang termuramah saya bersama Vincent Soon.




3.0              KESAN KEDATANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP
MASYARAKAT MALAYSIA
Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Srivijaya di alam Melayu pada abad ke-7. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui alam Melayu.

Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).

Mengikut kajian sejarah, Tamadun China telah datang ke dalam Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan. Ianya bermula di Jakarta (1619) dan Singapura. Di Singapura lebih pesat pada tahun 1819 selepas pembukaannya oleh Raffles dan pada tahun 1845, hampir separuh dari penduduk Singapura ialah pendatang Cina. Pola penduduk ini juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching. Mereka menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.

Pendatang Cina menjadi sumber buruh apabila sektor perlombongan dan pertanian komersial telah berkembang di Tanah Melayu. Contoh kawasan perlombongan ialah di Larut, Perak dan telah terdapat 40,000 pendatang Cina di sana pada tahun 1873. Selain menjadi buruh di sektor perlombongan, tenaga buruh mereka turut digunakan di ladang lada dan gambir.

Kesan penghijrahan dari China ini telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Antara kesan-kesan kedatangan tamadun China terhadap masyarakat Malaysia termasuklah;

1)      Kesan kepada pendidikan
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun China adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

2)      Kesan kepada Kerajaan
Falsafah tamadun China begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun China. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

3)      Kesan kepada kegiatan ekonomi
Dalam tamadun China, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight-fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan­pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

4)      Kesan kepada bidang perubatan dan kesihatan
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.


4.0              PESTA TANGLUNG

Gambar 2: Pesta Tanglung.

Pesta Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari). Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

Terdapat pelbagai jenis cerita rakyat dan sejarah yang dikaitkan dengan perayaan tanglung. Antaranya ialah:

  • Mula diraikan sejak pemerintahan Dinasti Han (206 Sblm Masihi - 221 Slps Masihi). Dipercayai juga festival ini berasal dari ajaran Taoisme. Tradisinya, mereka akan menyediakan makanan tradisional sebagai tanda menyambut perayaan Tanglung.

  • Pada malam perayaan, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa dan naga, membakar mercun dan bunga api, meneka tulisan yang tertulis di tanglung serta permainan-permainan lain.

Gambar 3: Pesta Perayaan Tanglung yang disabut bersama kaum lain.

  • Permainan meneka tulisan di tanglung amat popular sekali. Mereka akan meneka teka-teki yang tertulis di kertas tanglung. Permainan ini akan berlanjutan sehingga lewat malam perayaan Tanglung.

  • Maharaja Jade di syurga kononnya naik berang apabila manusia membunuh angsa kesayangannya. Untuk membalas dendam, Maharaja Jade ingin membakar kota itu namun rancangannya diketahui sang pari-pari. Beliau menyuruh semua penduduk kota agar menyalakan Tanglung mereka. Maharaja Jade menyangka kota tersebut telah terbakar kerana cahaya lampu tanglung yang terang itu dan membatalkan serangan ke kota tersebut.

Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari ‘Valentine’ Cina. Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka

Figure 4: Selain lampu tanglung, figura besar juga digunakan untuk perayaan ini.

Gambar 5: Contoh lampu Tanglung yang dinyalakan semasa Pesta Tanglung

Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung.

Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen. Dipercayai nama Yuanxiao adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.

Yuanxiao adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis, daging ataupun buah-buahan. Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup dan sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan kebahagian.

Gambar 6: Yuanxiou atau juga dikenali sebagai Yuen Siu atau Tong Yuen.





5.0              PERANAN TAMADUN CHINA DALAM PEMBINAAN BUDAYA MALAYSIA
Abdullah Ahmad Badawi (2001) menjelaskan yang hubungan antara tamadun China dengan Malaysia telah terjalin sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 sehingga ke hari ini. Tamadun China turut menyumbang pembinaan tamadun moden dalam pelbagai aspek seperti melalui:

1)      Amalan Falsafah Konfusianisme
Perpaduan rakyat Malaysia pada ketika ini yang hidup aman damai bersama-sama bangsa dan budaya lain adalah disebabkan oleh pemikiran nilai universal yang wujud melalui falsafah Konfusianisme (Esa Khalid et. al 2004). Melalui ajaran Konfusius yang diambil daripada buku Klasik Confusius dan Analekta, yang memuatkan konsep li, tatalaku yang baik jika diamalkan boleh memberi kesan kepada sifat dan nilai perilaku posistif diri. Menurut falsafah KungFu-Tze moral manusia boleh membantu pemimpin yang baik untuk mentadbir negara dengan adil, amanah jujur, membantu rakyat dan sebagainya. Begitu juga dengan penjawat awam boleh mengambil pengajaran dari amalan Konfusianinsme kerana sifat baik itu juga merupakan amalan yang paling bernilai dan perlu dimiliki oleh setiap pegawai kerajaan. Sikap yang baik boleh dicapai melalui menanam sikap yang baik ke dalam diri setiap individu terlebih dahulu sebelum ditunjukkan kepada orang lain.

2)      Pendidikan
Dalam aspek pendidikan pula, tamadun China amat menekankan prinsip kekuatan pendidikan dalam pembentukan sesebuah negara dan bangsa. Pendidikan ini penting untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Sumber pendidikan ini banyak diperoleh dari sumber lama ajaran tokoh pemikir utama mereka seperti Kung Fu-Tze.


3)      Perkahwinan
Perkahwinan campur antara orang Cina dengan kaum lain seperti India, Melayu, Sikh dan paling banyak dengan bumiputera Sabah dan Sarawak telah melahirkan satu komuniti yang bersifat saling ambil-mengambil dari aspek kebudayaan, Bahasa, makanan, pakaian amalan nilai moral dan juga cara pemikiran. Ia juga akan menambahkan lagi kepelbagaian budaya yang diamalkan.

4)      Perayaan.
Perayaan kedua terbesar di Malaysia iaitu Perayaan Tahun baru Cina disambut pada hari kedua bulan pertama kalender Cina. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru Cina, kesemua ahli keluarga yang berbangsa Cina akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan besar ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.

Perayaan ini tidak terhad kepada Perayaan Tahun Baru Cina, malah banyak lagi perayaan yang berasal dari budaya Cina. Antaranya seperti;

·         Pesta Capgome atau juga dikenali sebagai Pesta ‘Yuan Siau’
·         Pesta ‘Ching Ming’ dan;
·         Perayaan Kuih Bulan atau Pesta ‘Tanglung’.


6.0              RUMUSAN
Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang tertua dan berterusan sehingga kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina mengamalkan keterbukaan semasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang (Hasan, 2010). Kendatipun begitu, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai tamadun yang berkesinambungan dan berterusan sehingga kini (Hasan, 2010). Warisan dan pengajaran masa lampau Tamadun Cina dipelihara dan diaplikasikan pada masa sekarang. Sebagai contoh, karya agung “Sun Tzu’s Art of War” telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat dunia. Menurut McNeilly (2000), prinsip strategik Sun Tzu boleh dengan jayanya diaplikasikan dalam situasi perniagaan moden masa kini. Selanjutnya, Armstrong (n.d.) menekankan bahawa karya “Sun Tzu’s Art of War” yang ditulis 2500 tahun yang lalu masih dianggap sebagai buku strategi serta kejayaan yang paling lengkap dan banyak digunakan oleh eksekutif-eksekutif di peringkat tinggi dan diajar di institusi-institusi perniagaan di serata dunia. Selain itu, sistem tulisan dan bahasa Tamadun Cina yang mula digunakan 3000 tahun dahulu telah diwarisi dan digunakan sehingga kini.

Tamadun Melayu terbentuk hasil daripada campur tangan tamadun-tamadun luar seperti Tamadun China, India, Islam dan Barat. Terdapat banyak kesan yang ditinggalkan oleh tamadun-tamadun ini dan kita dapat lihat kesannya sampai sekarang.

Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.

Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan yang sempurna bagi semua dimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era kegemilangan sepertimana yang dikecapi oleh umat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini kembali memahami dan menghayati ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah yang dinamik dan progesif.





APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan tamadun asia (TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

Akashah Ismail (2009). Focus Ace Spm 2009 Sejarah: Ciri-ciri tamadun. Pelangi Publishing.

Armstrong,J.(n.d.) Sun Tzu’s “Art of War” interpreted for business: Applying budo lessons to your martial arts business. Diakses pada Oktober 15, daripada http://www.fightingarts.com/reading/article.php?id=500

Bdullah Ahmad Badawi. (2001). Ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan Seminar dialog peradaban: Peranan dan kepentingan di Malaysia. Kuala Lumpur, 27-28 Ogos.

Esa Khalid., & Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China, dan Jepun. Johor, Malaysia: Universiti teknologi Malaysia.

Hasan,A.(2010). Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 15 daripada http://551china.blogspot.com/

Hilmi,A.J.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.Utusan Publications.

Izzuddin (2010).Sejarah ringkas tamadun China.Diakses pada Oktober 10, daripada http://titas209.blogspot.com/2012/08/perkembangan-tamadun-di-asia.html
Keightley,D.N.(1978). Sources of shang history: The oracle-bone inscriptions of bronze age China. Berkeley: University of California Press.
Mohaj,M.(2009).Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 18, daripada http://m-mohaj.blogspot.com/2009/03/tamadun-china.html

Takusahrisau(2012). Penutup dan permulaan tembok besar china: Sejarah tembok besar china. Diakses pada Oktober 18, daripada http://takusahrisau.wordpress.com/tag/sejarah-tembok-besar-china/

Zawiyah Mat & Mashitah Sulaiman(2007) . Interaksi budaya India &Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian Umum Bil. 8.Diakses pada Oktober 19, daripada http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20-%20zawiyah%20-%20115-140.pdf

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

Biar Kami Bantu Anda

Hubungi Kami
Sarah
+60182765083
KUALA LUMPUR