29 Jun 2019

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN



SOALAN 1


PENDAHULUAN
Dalam mana-mana usaha untuk mencapai kejayaan, matlamat adalah perkara paling utama dalam menentukan samada kita Berjaya mencapai kejayaan tersebut. Begitu juga dengan matlamat dalam hidup. Dalam merangka perancangan hidup jangka panjang, mewujudkan matlamat adalah salah satu perkara yang fundamental. Matlamat mampu memberi kiga visi apa yang perlu kita buat dalam mencapai kejayaan. Artikel ini akan menerangkan secara umum tentang langkah-langkah yang boleh diikuti untuk mewujudkan matlamat hidup.


LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN MATLAMAT HIDUP
Menutur Little (2007), dalam mewujudkan matlamat hidup, terdapat beberapa perkara yang penting yang perlu diambil kira dalam merangka matlamat hidup. Perkara-perkara ini yang juga langkah-langkah adalah dikenali sebagai:

  1. Menilai diri sendiri
Sebelum mewujudkan matlamat hidup, perkara paling utama adalah menilai diri anda sendiri. Tanya diri anda sendiri apa yang ingin anda capai dana pa perkara yang anda suka. Dalam peringkat ini juga anda mampu merancang dengan terperinci apa yang anda ingin capai.

  1. Menjana idea
Selepas anda menilai diri anda. Fikirkan seberapa banyak idea atau perkara yang anda minat. Jangan sekat. Jana apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

  1. Bayangkan
Idea-idea yang anda jana pada langkah sebelum, cuba bayangkan didalam minda anda scenario idea-idea tersebut. Dengan cara ini anda pasti tahu idea mana yang sesuai dengan diri anda.

  1. Jangan jadi seorang yang pesimis
Sepanjang proses menjana dan membayangkan idea, elakkan berfikiran negatif. Jangan sesekali membuat keputusan samada idea-idea anda itu baik atau buruk atau sebaliknya.

  1. Perhatikan yang lain
Mungkin idea atau matlamat hidup yang dicipta anda sama dengan matalamat hidup orang lain. Jangan panik. Sebaliknya gunakan kelebihan ini untuk melihat sendiri pencapaian orang lain dalam matlamat hidup mereka.

  1. Khususkan matlamat anda
Tidak perlu mensasarkan sesuatu yang besar, sebaliknya khusukan matlamat anda. Dengan mengkhususkan matlamat anda, anda boleh menetapkan jangka waktu yang sesuai dengan matlamat anda.

  1. Salin dan simpan
Dalam menetapkan matlamat anda, pastikan anda menyalin semua idea-idea tersebut diatas kertas mahupun secara digital (komputer). Dan jagnan lupa untuk menyertakan sekali cara-cara untuk mengukur kejayaan matlamat anda.

  1. Masukkan sekali yang lain
Berkongsi idea dengan lain mungkin sedikit rumit, akan tetapi ia sangat berbaloi. Dengan merujuk orang lain anda sebenarnya mengambil risiko dan ini akan memberi anda lebih semangat untuk mencapai matlamat.

  1. Kenalpasti konflik matlamat
Adalah tidak mustahil sesuatu matlamat itu bertindih dengan matlamat yang lain. Kenalpasti matlamat mana yang lebih penting utnuk dicapai.

  1. Kategorikan matlamat anda
Pertimbangan aspek yang berbeza dalam hidup anda. Mungkin matlamat tersebut berkait dengan keluarga, ekonomi, kesihatan atau sebagainya. Dengan mengkategorikan matlamat anda, anda mampu mengurus dengan baik.


PENUTUP
Mewujudkan matlamat hidup adalah perkara biasa dalam kehidupan. Namun begitu dalam merancang matlamat, seseorang itu hendaklah dengan teliti mempertimbangkan langkah-langkah yang sesuai dalam mencapai matlamat. 10 langkah diatas adalah cara terbaik dalam merancang matlamat. Fokus pada setiap langkah dan anda pasti mencapai matlamat anda.

454 PATAH PERKATAAN


RUJUKAN

Little, B. R., Salmela-Aro, K. E., & Phillips, S. D. (2007). Personal project pursuit: Goals, action, and human flourishing. Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
SOALAN 2


PENDAHULUAN
Memilih role model adalah penting dalam kehidupan. Role model membantu dan memberi inspirasi kepada kita untuk berubah kea rah yang baik. Memilih role model dengan baik dapat memberi pengaruh yang positif dan dapat mempengaruhi anda untuk menjadi seseorang yang lebih baik.  Memilih role model peribadi adalah berbeza dengan memilih role model di kalangan selebriti, akan tetapi dengan mengikut tip memilih role model yang baik akan dapat mememberi kelebihan kepada mereka yang sedang mencari role model. Artikel ini akan membincangkan tips untuk memilih role model yang baik dalam kehidupan.

TIPS MEMILIH ROLE MODEL YANG BAIK
Dalam kehidupan sekarang yang mengutamakan media sebagai perantaraan, memang agak sukar untuk mencari role model yang baik dan boleh mempengaruhi diri kita (Harisson, 2015). Selebriti, atlet terkenal dan juga ahli politik gagal memberikan impresi dan teladan yang baik kepada kita. Walaupun begitu terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk memilih role model yang terbaik. Tips-tips ini termasuklah;

  1. Integriti – Integriti adalah aspek paling penting dalam memilih role model. Integriti melambangkan keseluruhan sikap seseorang yang bakal dipilih sebagai role model.
  2. Individual – Role model yang baik sentiasa jujur dan amanah terhadap diri sendiri. Mereka ini tidak akan menjatuhkan orang lain demi kepentingan peribadi.
  3. Jujur – Tiada siapa yang sempurna. Semua orang tidak pernah tidak berbuat salah. Namun begitu role model yang baik sentiasa mengaku setiap kesalahan yang dibuat.
  4. Rendah diri – Role model yang baik tidak akan mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Malahan mereka ini sentiasa menggalakkan yang lain untuk menjadi lebih baik.

PENUTUP
Samada selebriti terkenal, saintis tersohor, penulis mahupun artis sesiapa sahaja boleh menjadi role model. Namun terdapat beberapa aspek dan perkara penting yang perlu diambil kira sebelum mengambil seseorang sebagai role model. Pastikan yang role model tersebut mempunyai nilai-nilai terpuji yang mampu memberi motivasi dan menaikkan semangat kita untuk berubah kepada sesuatu yang baik.

305 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN
Harrison, C. (2015). 5 tips to choose the best role models. Business Woman Media. Accessed at 23rd November 2015, From:


SOALAN 3

PENDAHULUAN
Tabiat pemakanan yang betul menyumbang kepada kesihatan yang baik. Ianya bukan sahja dapat mengelakkan dari sebarang penyakit malahan dapat membina tubah yang sempurna. Tabiat pemakanan juga mampu meningkatkan tahap disiplin seseorang sekiranya sekiranya ianya dapat diikuti dengan baik dan rapi. Tabiat pemakanan memberi kesan kepada semua orang tanpa mengira faktor usia, jantina mahupun bangsa. Semakin kita meningkat dewasa, semakin kita terdedah dengan risiko kesihatan hasil daripada tabiat pemakanan yang tidak baik. Paling terkesan adalah kepada mereka yang sudah mencapau usia emas. Di sekitar usia ini adalah penting untuk menjaga tabiat pemakanan kerana terdapat beberapa factor usia yang memberi kesan buruk sekiranya tabiat pemakanan tidak dijaga. Artikel ini akan membincangkan mengapa risiko tabiat pemakanan yang buruk meningkat di kalangan warga emas.

USIA DAN RISIKO TABIAT PEMAKANAN
Usia adalah factor utama dalam menentukan tabiat pemakanan dan gaya hidup. Semakin kita dewasa, keperluan tabiat pemakanan akan sentiasa berubah-ubah mengikut usia. Ini adalah sesuatu yang normal kerana risiko terhadap penyakit semakin meningkat sejajar dengan usia seseorang. Antara faktor-faktor lain mengapa risiko tabiat pemakanan yang buruk meningkat di kalangan warga emas adalah (Lee, 2001);

  1. Antibodi
Semakin kita meningkat dewasa, tahap antibody tubuh akan mula terkesan atauapun berkurangan. Tabiat pemakanan yang buruk akan memberi kesan buruk terhadapa antibodi dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit.

  1. Keperluan vitamin bertambah
Orang tua sangan terdedah dengan risiko kesihatan kerana usia. Sebagai contoh kalsium pada tulang akan mula berkurangan apabila kita mencapai usia tua. Satu-satunya cara untuk memastikan pengambilan pemakanan yang sihat contohnya dengan meminum susu lembu dan sebagainya. Kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat akan menyebabkan seseorang itu terdedah dengan penyakit lemah tulang ataupun osteoporosis.

  1. Daya ingatan
Daya ingatan orang tua kebiasaannya merosot mengikut peredaran usia. Dan ini menyebabkan risiko tabiat pemakanan yang buruk meningkat apabila seseorang itu terlupa untuk mengambil makanan yang sesuai atau lebih teruk terlupa makan.

  1. Keupayaan
Orang tua yang tidak berupaya menyediakan makanan sendiri juga berisiko mengamalkan tabiat pemakanan yang buruk. Ini kerana orang tua biasanya senang penat atau tidak berupaya menjalankan aktiviti fizikal seperti memasak.

PENUTUP
Faktor-faktor diatas dengan jelas menunjukkan mengapa risiko tabiat pemakanan yang buruk meningkat di kalangan warga emas. Namun begitu ada banyak jalan penyelesaian bagi mengelakkan risiko-risiko ini dari berlaku contohnya melalui kempen kesedaran awam. Dan sebagai sebahagian dari masyarakat, kita juga boleh melakukan peranan kita dengan membantu ahli masyarakat yang lain khususnya warga emsa bagi mengurangkan risiko seperti yang dibincangkan di atas. Tabiat pemakan yang baik bukan sahaja mealhirkan masyarakat yang sihat malahan bertanggungjawab.

407 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN

Lee, J. S., & Frongillo, E. A. (2001). Nutritional and health consequences are associated with food insecurity among US elderly persons. The Journal of nutrition, 131(5), 1503-1509.
SOALAN 4

PENGENALAN
Umur lanjut boleh dikategorikan sebagai biologi dan sosial. Seseorang boleh dikatakan berumur bila menjejaki alam persaraan. Kita tidak boleh mengelak daripada mencecah usia tua. Ini tidak bermakna kita mesti kehilangan kesihatan, ketajaman minda dan kebebasan. Tabiat yang terus dilakukan sepanjang hayat membantu warga tua menangani perubahan dalam hidup dan menikmati kehidupan vang sihat serta berkualiti. Rutin memberus dan memflos gigi setiap hari dan berjumpa dengan doktor gigi secara berkala akan memastikan gigi sentiasa sihat.
http://denteklab.com/wp-content/uploads/2014/05/Floss-Pic.jpg
Rajah 1: Memflos gigi
Sumber: denteklab.com

Pada masa lalu kebanyakan warga tua terpaksa meneruskan kehidupan tanpa gigi dan jarang memanfaatkan perkhidmatan pergigian. Kajian menunjukkan bahawa warga tua hari ini kemungkinan sekali dapat memanfaatkan gigi mereka berbanding generasi terdahulu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan meningkatnya kesihatan pergigian dikalangan warga tua; pemfluoridaan air, kesedaran awam, kunjungan yang lebih kerap ke doktor gigi, kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan dan adanya falsafah baru yang menyatakan bahawa gigi tidak semestinya hilang bila usia semakin meningkat.
PENUAAN DAN KESIHATAN GIGI
Proses penuaan sering mewujudkan perubahan terhadap keadaan gigi, mulut dan gusi. Terdapat dua masalah utama, iaitu karies permukaan akar dan kehausan gigi, yang semakin kerap berlaku bila umur semakin lanjut. Masalah lain yang biasa berlaku dikalangan warga tua ialah kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering dan kehilangan gigi yang memerlukan gigi palsu.

Biasanya, kaviti dikaitkan dengan kanak-kanak. Namun, kerosakan gigi sebenarnya boleh berlaku di semua peringkat usia, disebabkan pembentukan plak, iaitu lapisan bakteria tanpa warna yang terkumpul pada gigi. Dikalangan kanak-kanak, kaviti menjejaskan permukaan gigi sementara dikalangan orang tua pula, ia lebih membabitkan kerosakan permukaan akar. Gusi mungkin akan menyusut daripada gigi. Proses ini mendedahkan akar gigi kepada plak dan boleh mengakibatkan kerosakan. Kaviti akar lazimnya boleh ditemui dikalangan mereka yang susut gusi, satu keadaan yang berlaku apabila usia meningkat tua. Kekerapan berlakunya karies permukaan akar adalah disebabkan akar semakin terdedah di dalam mulut, dan bukan disebabkan kesan penuaan.

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRK-XMoxccdkcqEGE3noXWB4MSCsk9uaNDLYkzNqeNBUBGRGrCwLQ
Rajah 2: Karies Gigi
Sumber: denpasardentist

Selain itu, tampalan yang sudah lama boleh menjadi lemah dan retak, membolehkan bakteria terkumpul di sekeliling tepi tampalan tersebut, mengakibatkan kaviti.
Perhatian yang lebih perlu diberikan dalam penjagaan gigi apabila usia semakin meningkat. Pembentukan plak semakin cepat apabila semakin meningkat umur kita. Gigi juga boleh bertukar warna menjadi lebih keruh disebabkan perubahan dentin.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
Ramai orang tidak mengambil berat tentang kesihatan mulut mereka dan hanya terasa kepentingan gigi selepas ia tiada. Kekurangan gigi mungkin menyekat mereka daripada memakan makanan yang seimbang. Ramai warga tua yang memakai dentur kerana kurang berpengetahuan tentang langkahlangkah bercorak pencegahan ketika mreka muda. Dahulu, doktor gigi lebih cenderung untuk mencabut gigi daripada menyelamatkannya. Penggunaan ubat gigi berfluorida dan ubat cuci mulut setiap hari sebagaimana yang disyorkan oleh doktor gigi boleh menguatkan enamel dan mengurangkan kerosakan gigi, terutama di sekeliling sebarang akar yang terdedah.
Rawatan periodontal (gusi) boleh meredakan kesensitifan, kesusutan dan pendarahan gusi. Rawatan ini juga boleh menguatkan tulang yang menampung gigi.

http://pama.karangkraf.com/polopoly_fs/1.158087.1367982408!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_560/image.jpg
Rajah 3: Rawatan periodental mampu mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Sumber: pama.karangkraf.com

Implan dan rawatan pemulihan lain seperti korona dan jambatan gigi disediakan untuk warga tua yang sihat serta berdaya menjalani prosedur yang lama dan terperinci. Dengan menampal gigi atau mengantikan gigi yang berpenyakit, warga tua masih boleh terus memiliki permukaan mengunyah serta jejaran menggigit yang baik. Ini bermakna, mereka boleh mengunyah dan makan dengan selesa serta berasa vakin untuk tersenyum.

545 PATAH PERKATAAN


RUJUKAN
BINTU, R. (2011). Lebih 70 peratus alami kerosakan gigi. Retrieved November 5, 2015, from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm


SOALAN 5

PENGENALAN
Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Menurut Glassman & Shapiro (1998), kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

PUNCA UTAMA KEMURUNGAN KLINIKAL
Suatu gangguan kemurungan merupakan penyakit “keseluruhan badan.” Ia boleh mempengaruhi cara anda berasa dan berfikir, iaitu secara emosi dan secara fizikal. Gangguan kemurungan datangnya dalam berbagai bentuk. Antara punca-punca utama kemurungan fizikal adalah:

1.      Faktor Genetik
Ada sesetengah jenis kemurungan yang sememangnya wujud dalam keluarga, yang menunjukkan faktor genetik atau turun temurun dalam pengagihan gangguan kemurungan. Bagaimanapun, ia boleh juga berlaku kepada orang yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kemurungan. Sama ada diterima secara turun-temurun atau tidak, gangguan kemurungan yang besar selalunya dikaitkan dengan adanya terlalu sedikit atau terlalu banyak bahan kimia yang tertentu dalam otak.

2.      Peristiwa-peristiwa yang menekankan
Peristiwa hidup adalah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kemurungan. Adalah agak biasa untuk berasa murung selepas suatu peristiwa yang agak menyedihkan tetapi biasanya kita akan dapat menenangkan perasaan kita berkenaan apa yang telah berlaku dan akan mulai menerimanya. Sebarang perubahan, kehilangan serius atau tekanan seperti kematian orang yang disayangi, perceraian, kehilangan kerja, persaraan atau berpindah ke rumah baru, boleh mendatangkan penyakit kemurungan.

3.      Kekurangan sokongan sosial
Keadaan-keadaan menekankan juga memainkan peranan. Jika kita seorang diri dan terasing secara sosial, mempunyai banyak lagi masalah lain atau adalah lemah secara fizikal, maka kita lebih mudah mendapati kemurungan. Contohnya, ada wanita yang mengalami kemurungan berterusan selepas melahirkan anak kerana mereka tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada keluarga mereka.

4.      Kemurungan di kalangan golongan tua
Mengesan kemurungan di kalangan golongan tua mungkin rumit disebabkan beberapa faktor. Selalunya gejala kemurungan dikaitkan dengan proses menjadi tua atau suatu keadaan kesihatan dan bukannya berkenaan dengan kemurungan. Faktor-faktor yang menyebabkannya termasuk kesusahan untuk menghadapi kehilangan teman hidup atau kawan karib, kesakitan dan penyakit kronik, kehilangan mobiliti atau daya ingatan, perubahan keadaan seperti pindah dari rumah ke pusat orang-orang yang bersara atau perubahan dalam keluarga. Kemurungan juga boleh menjadi tanda terhadap suatu masalah perubatan. Ianya boleh menjadi rumit akibat gangguan otak yang dikaitkan dengan proses meningkat usia seperti penyakit Alzheimer atau sindrom otak organik.

MENCEGAH KEMURUNGAN
Ubat-ubatan psikoterapi dan antidepresan boleh diguna untuk merawati gangguan kemurungan. Satu kombinasi antidepresan dan psikoterapi nampaknya memberikan kesan yang lebih baik jika dibandingkan dengan salah satu cara sahaja. Perubatan akan dapat memberikan satu kelegaan yang cepat dan psikoterapi membantu pesakit untuk menghadapi masalah hidup secara lebih berkesan. Namun begitu adalah lebih baik dari mencegah dari merawat dan untuk mencegah dari kemurungan, anda patut menimbangkan tips-tips di bawah;

1.      Jangan menyimpan perasaan dalam hati
Jika anda telah baru-baru ini menerima suatu berita buruk atau krisis yang besar dalam hidup anda, cuba berbual deng an orang yang rapat dengan anda mengenai bagaimana perasaan anda berkenaannya. Ada baiknya anda menjalani semula pengalaman pahit itu beberapa kali, menangis secukup-cukupnya dan cuba berbual mengenainya.
Ini merupakan satu mekanisme sembuhan semulajadi minda

2.      Buat sesuatu untuk mengisi fikiran anda.
Tinggalkan rumah untuk membuat sedikit senaman walaupun ianya bertujuan untuk berjalan sahaja. Walaupun anda berasa tidak berkebolehan untuk melakukan sebarang kerja, ada baiknya sekiranya anda cuba melakukan kerja-kerja ringan seperti kerja rumah.
Ini akan membantu anda melupakan perkara-perkara yang menyedihkan itu.

3.      Diet seimbang
Makanlah makanan yang baik, seimbang secara kerap walaupun anda berasa tiada selera makan.

PENUTUP
Kemurungan adalah suatu pengalaman yang biasa. Semua orang kadang-kala akan berasa bosan, sengsara atau sedih. Pada kebiasaannya sebabnya adalah nyata – perasaan hampa, kekecewaan, kehilangan sesuatu atau seseorang yang penting. Kesedihan sedemikian dan kepiluan adalah biasa dan merupakan reaksi sementara terhadap tekanan hidup.

Bagaimanapun, bilamana angin kemurungan berterusan untuk buat suatu masa yang tertentu, sama ada ekoran daripada sesuatu peristiwa atau tanpa sebarang sebab pun, maka orang tersebut mungkin mengalami kemurungan klinikal suatu penyakit yang memerlukan rawatan dan boleh dirawati secara berkesan. Ianya bukan kelemahan peribadi atau suatu keadaan yang boleh diharapkan akan hilang begitu sahaja.


RUJUKAN

Glassman, A. H., & Shapiro, P. A. (1998). Depression and the course of coronary artery disease. Depression, 155(1).

SOALAN 6

PENDAHULUAN
Kesejahteraan kewangan mengambarkan tentang kepuasan seseorang terhadap kedudukan kewangan peribadinya. Sejahtera atau tidak kewangan seseorang itu amat subjektif sifatnya. Dua individu yang mempunyai jumlah pendapatan yang sama tidak semestinya mempunyai tahap kepuasan yang sama terhadap kedudukan kewangan. Hal ini menyebabkan kesejahteraan kewangan seseorang biasanya diukur secara objektif dan subjektif. Pasti perkara sebegini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menarik untuk diteliti. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana kestabilan kewangan dipengaruhi oleh umur sesorang semasa memulakan perancangan kewangan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik.

KESTABILAN KEWANGAN DAN UMUR
Setiap peringkat seumur hidup memerlukan keperluan yang berbeza. Sebagai contoh apabila seseorang berada di peringkat remaja dan masih belajar, keperluan kewangan mereka mungkin terhad kepada apa-apa yang berkaitan dengan kajian mereka sahaja dan mereka yang sudah berkahwin, keperluan kewangan mereka juga tumbuh kepada sesuatu yang lain. Dan kerana usia ini memainkan aspek terbesar dalam kestabilan kewangan.

TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BIJAK
Kadang-kadang menguruskan wang boleh kelihatan sangat rumit. Dalam usaha untuk menguruskan wang dengan baik, salah satu perlu belajar memudahkan proses supaya mereka boleh menjaga keadaan kewangan lurus dan mudah difahami. Menurut Hawkins (2015), terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menguruskan kewangan yang lebih baik;

a)      Rancang Perbelanjaan - Mula menulis setiap sen yang menghabiskan. Dari sini kita boleh mula untuk meramal bajet bulanan.
b)      Mengurangkan Hutang - Jika ia adalah penting untuk menyimpan wang sebanyak yang boleh, membayar hutang dengan kadar faedah tertinggi (APR) terlebih dahulu.

c)      Melabur sejumlah token untuk persaraan dan Kecemasan - Persaraan dan kecemasan memerlukan adalah sebahagian penting tetapi sering diabaikan-kesihatan kewangan. Cuba untuk menghabiskan mungkin tanda kecil jumlah untuk memulakan pelaburan untuk persaraan dan kecemasan.

d)      Buat satu aliran pendapatan tambahan - Pendapatan lebih banyak wang akan sentiasa ada cara yang lebih cepat dengan matlamat kewangan daripada cuba untuk mengurangkan perbelanjaan. Banyak milenium sedang mendapat lebih awal oleh freelancing atau bekerja pekerjaan kedua. Beberapa melakukannya kerana mereka perlu, tetapi yang lain melakukannya kerana mereka tahu mereka mengetuk turun matlamat kewangan pada separuh masa.

e)      Simpan untuk sesuatu yang anda mahu - Terdapat banyak kehidupan untuk hidup antara sekarang dan persaraan. Sama ada matlamat seterusnya adalah perkahwinan, bercuti, atau bayaran ke atas rumah, merancang lebih awal supaya kita boleh membayar untuk matlamat dengan wang tunai, bukan kredit.

PENUTUP
Mencapai kebebasan kewangan adalah matlamat kebanyakan orang yang berusaha. Ia tidak semestinya mudah, tetapi ia boleh dicapai jika anda memahami keutamaan anda, tetapkan matlamat yang boleh dicapai dan mengambil langkah-langkah yang betul ke arah mencapai mereka.
413 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN
Hawkins, K. (2015). 10 Simple Steps to Financial Security Before 30. Investopedia. Accessed at 23rd November 2015, From: http://www.investopedia.com/articles/younginvestors/08/generation-y.asp?layout=orig




SOALAN 7

PENGENALAN
Semua orang mempunyai Senarai impian ataupun “Bucket List”, walaupun ia hanya berlegar-legar di kepala anda. "Bucket List" adalah senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum anda menjadikan ianya satu realiti, dan ia adalah unik untuk setiap individu.  Artikel ini akan membincangkan bagaimana untuk menulis “Bucket List” peribadi anda, dan artikel ini juga akan mencadangkan beberapa cadangan yang mungkin menjadikan impian 'Suatu hari nanti saya akan ... ' anda, dicapai.

“BUCKET LIST”
Apa maksud Bucket List? Mudah. “Bucket List” adalah impian dan cita cita untuk mendapatkan sebuah pengalaman yang kita buat sendiri. Dan untuk mencapai impian ini kita perlulah tahu cara yang betul untuk membuat senarai ini dan melengkapkan impian tersebut. Untuk ini, di bawah adalah petua bagaimana untuk menyediakan “Bucket List” dan melengkapkan senarai tersebut.

Bersedia. Beli satu buku nota yang  khusus untuk tujuan ini. Mempunyai satu salinan “Bucket List” anda adalah penting - bukan sahaja ia akan membantu anda mengingati semua yang anda mahu capai, tetapi menjaga senarai anda di tempat yang mudah dicapai dan koheren akan membuat anda bersedia untuk apabila idea datang pada bila-bila masa. Jika membawa buku nota pada setiap masa menyusahkan anda, tinggalkan sahaja di rumah dan apabila idea datang, simpan atau rekodkan sahaja ke dalam telefon mudah alih anda, bila anda sudah pulang ke rumah, tulis pada buku nota “Bucket List” anda.

https://img0.etsystatic.com/030/0/7809389/il_340x270.649650410_drob.jpg
Rajah  1: Contoh buku nota "Bucket List"
Sumber: Etsy.com

Rancang senarai anda. Tiada sesiapa di dunia ini yang sudah mempunyai senarai impian mereka di kepala tersusun rapi. Dengan merancang kita dapat mengatur dengan baik senarai "Bucket List" Kita

Tulis draf pertama anda. Lebih cepat anda menulis draf pertama impian anda, lebi cepat impian tersebut akan tercapai. Pada waktu ini anda patut menjadi se-kreatif yang boleh dan jauhi dari sebarang had atau ketakutan anda. Impikan apa saja yang anda suka.

Perincikan senarai anda. Sekarang bahawa anda mempunyai asas untuk bermula dari, pada perinkat ini anda sudah boleh menapis apa yang perlu dan mana yang logic untuk dicapai.

Tulis draf kedua untuk senarai anda. Jangan risau sekiranya ia kelihatan agak pendek, atau hanya mempunyai beberapa tugas-tugas di atasnya. Antara kelebihan “Bucket List” adalah ia tidak akan siap sepenuhnya, anda akan sentiasa menambah kepadanya apabila idea-idea baru datang kepada anda.
Make Your Bucket List Step 5
Rajah 2: Senarai kedua dapat menjadikan senarai "Bucket List" lebih logik dan tercapai.
Sumber: Wikihow

Mula dari kecil. Cari satu impian yang mudah dari senarai anda dan cuba laksanakannya pada hari yang sama. Dengan cara ini ada akan berasa lebih bermotivasi untuk mencapai impian-impian yang lain.

Berterusan untuk mencari idea-idea baru. Jadikan tabiat untuk mencari dan mencari idea baru dari mana-mana, dari TV dan filem, dari poster dan risalah untuk acara-acara, dan atau juga dengan bercakap dengan rakan-rakan. Jangan hadkan pencarian anda. Semakin banyak senarai anda semakin anda bersemangat untuk mencapai impian-impian tersebut.

Mencari makna dalam Bucket List anda. Dalam kedua-dua memilih dan mencapai matlamat “Bucket List” anda, perkara utama adalah untuk mencari makna. Jika pandangan anda kepada “bucket List” anda sentiasa berubah, pastikan anda menukar idea-idea tersebut berdasarkan kemahuan anda. Idea ini adalah untuk berusaha untuk memenuhi dan pertumbuhan dalaman, bukan untuk mengikat diri anda kepada perkara-perkara yang bukan lagi sebahagian daripada diri anda.

PENUTUP
Mempunyai “Bucket List” bukan sahaja memberi motivasi kepada seseorang malahan sekiranya impian-impian tersebut dapat dicapai sudah pastinya akan mendatangkan kepuasan yang maksimum kepada sesorang. “Bucket List” juga dapat dapat mengubah hidup seseorang sekiranya perjalanan dalam melengkapkan impian tersebut mengajar si pengejar tentang erti kehidupan yang sebenar. Bagaimanapun “Bucket List” patut dilihat sebagai satu motivasi diri kepada manusia untuk menyempurnakan impian hidup mereka sebelum mati.
585 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN
WikiHow, (2015). How to Make Your Bucket List. Retrieved November 5, 2015, from http://www.wikihow.com/Make-Your-Bucket-List














Kami menyediakan perkhidmatan penulisan esei, artikel, terjemahan dan juga kertas penyelidikan pada harga yang sangat kompetitif. Setiap kerja yang dihasilkan akan melalui semakan Turnitin secara percuma! Ini untuk memastikan setiap hasil kerja kami bebas plagiarisme

Biar Kami Bantu Anda

Hubungi Kami
MS SARAH
+60182765083
KUALA LUMPUR