
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2
2.0 PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN 4
3.0 JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 8
4.0 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM 12
5.0 SATU MURID SATU SUKAN 15
6.0 KESIMPULAN 17
RUJUKAN 18
1.0
PENGENALAN
Seringkali
ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup
bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan
televisyen ataupun dipelbagai lokasi strategik seperti kedai makan.
Baik sukan bola
sepak piala dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali; Lumba
kereta F1 dan badminton. Penyokongnya bukan sekadar di sadium atau litar
perlumbaan, tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada
penyokong dan peminatnya.
Sukan Olimpik
juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan Negara turut
bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil Negara tercinta,
Malaysia. Bergegarnya ruang diluar kadang-kadang lebih meriah dari dalam
stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi
keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.
Sekiranya ia
diadakan di Malaysia, kita percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan
kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun khairul Anuar mahupun Mohd Azizulhasni Awang
serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd Khalid, Nur Suryani Mohd Taibi dan Peng
Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam Sembilan acara sukan di London
2012.
Sukan tidak
pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang
boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.
Zaman bola sepak
Negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan
Sani, V arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan,
Zainal Abidin dan Khalid Ali.
Ketika perang
dunia kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan
tempat penyatuan Negara bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar
belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Sukan diakui
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia merupakan medium
perpaduan Negara dan ia dekat dengan diri beliau yang gemar sukan bola sepak.
Najib pernah menjadi Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 1986 sehingga tahun
1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan
meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti sukan
meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Ideologi sosial
aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.
Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu, sikap
tolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan
kerana sukan boleh menghasilkan sikap yang positif dan ingin Berjaya serta
perjuangan yang kuat. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah
laku displin dalam kalangan anggota seseorang individu. Ini adalah kerana
setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap
peserta yang terlibat.
Sukan sebagai
alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai
kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan
peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. selain itu, kegiatan sukan juga beleh menyumbang kearah
perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan
Negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat
antarabangsa pula pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan
hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan Negara yang lain. Keamanan
Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam
membentuk perhubungan global yang baik.
2.0
PERANAN IKON
SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN
Peranan ikon
sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan
boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan
kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon
sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan.
mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang
berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat
melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.
Dan ini bukan
sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan
berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak kurang
juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial juga
diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga yang
memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja
contoh ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya.
Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan
yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara
mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.

Gambar 1: Penyokong yang terdiri dari
berbilang kaum.
Inilah
pentingnya peranan ikon sukan Negara. Wujudnya mereka ini secara tidak langsung
dapat memecahkan tembok dan sempadan bangsa, kaum dan agama. Setiap kali
Malaysia bertarung dimedan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi
sokongan padu kepada atlet Negara yang berjuang di stadium ataupun gelanggang
sukan. justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan
masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Tidak kira apa jua bentuk sukan yang
menjadi pilihan bola sepak, badminton dan olahraga. Rata-rata penggemar sukan
yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara
kaum. Kalau tengok aktiviti tunas ini, objektifnya adalah untuk kesihatan dan
untuk perkauman yang bercampur-aduk dan kita rasa ini tentu boleh ditingkatkan
lagi. Kita ada cina, ada india dan juga ada melayu dan kita memang amat
bersetuju kalau sukan ini dapat menyatupadukan pelbagai kaum. Tidak kira dalam
apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain
bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat
kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat
dalam menyahut konsep satu Malaysia.
Perpaduan dalm
Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat
politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat
perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam
masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi
sukan agar perpaduan tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat “kekitaan”.
Dalam
membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk
penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai
etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada
itu, menghargai dan mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan
mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja
dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di Negara
ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.
Apabila Datuk
Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan juga Shalin Zulkifli melangkah masuk
ke gelanggang pertandingan, apakah yang mahu kita lihat. Bukankah kejayaan
memenangi pingat yang kita semua inginkan. Sokongan padu dan harapan padu
setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh mereka-mereka ini. kerana Datuk
Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan juga Shalin Zulkifli bukan sekadar
mewakili dirinya sendiri, tetapi mereka-mereka ini juga menjunjung semangat
jati diri 28 juta populasi Malaysia. Mereka-mereka ini adalah milik Malaysia
sebagaimana kita mempunyai tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang boleh
mengancam keselamatan Negara, biarlah yang ringan sama dijunjung, yang berat
sama dipikul. Kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara
berterusan melalui sukan.

Gambar 2: Antara ikon sukan negara.
Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong.
Sukan juga dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu
pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Disitulah
mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama. Pergaulan dan
interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat.
Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati,
saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong
dan peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong
pasukan Negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua
pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15 000 orang rakyat
berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel
(SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu
menjayakan SUKOM sepenuhnya.
Sukan juga dapat
mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian cemerlang
dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa.
Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia Berjaya merampas piala Thomas
semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya. Pasukan badminton piala
Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia. Dalam
sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Negara dengan
memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy Negara
Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara dunia
sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki
rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah
seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas
pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai
kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau
menduduki kedudukan satu pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
Sukan sebagai
alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah
satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan
pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan
diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap
Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis
perasaan perkauman.
3.0
JABATAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Jabatan
ini ditubuhkan dengan 5 objektif utama iaitu;
A) Untuk
memupuk perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum.
B) Untuk
memberi perkhidmatan kebajikan masyarakat.
C) Untuk
membangunkan dan memperkasakan komuniti orang asli.
D) Untuk
menarik minat wanita dalam pembangunan Negara.
E) Untuk
mewujudkan program popularasi dan pembangunan keluarga.
Untuk memperkasakan Kementerian,
beberapa jabatan telah diwujudkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perpaduan Sosial, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan
Kebajikan Kebangsaan.
Jabatan Perpaduan Nasional adalah
satu agensi yang ditugaskan untuk membantu kerajaan dalam memelihara,
membangunkan dan memperkasakan perpaduan di kalangan komuniti yang berbilang
kaum di Malaysia. Di bawah adalah matlamat Jabatan Perpaduan Nasional:
A) Membantu
meningkatkan kesedaran dalam Perpaduan Nasional dan Integrasi menerusi aktiviti
yang memupuk dan menguatkan nilai-nilai tersebut.
B) Mewujudkan
aktiviti yang melibatkan interaksi antara kaum menerusi program rukun tetangga.
Program ini berteraskan semangat kejiranan.
C) Mendidik
kanak-kanak dari berbilang kaum untuk menjadi model dalam Perpaduan Nasional.
D) Memperkasakan
Integrasi dam Perpaduan Nasional melalui kajian sosial kaum.
E) Memberikan
perkhidmatan sokongan yang berkualiti dalam pengurusan belanjawan dan sumber
manusia.
Jabatan tersebut
mempunyai beberapa bahagian yang melaksanakan seperti Bahagian Pengurusan,
Rukun tetangga, Interaksi Kaum, Penyelidikan Kaum, Integrasi Nasional dan
Perpaduan Nasional.
3.1
Aktiviti-aktiviti
yang Dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Nasional
Jabatan
Perpaduan Nasional berfungsi untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan
cintakan Negara di kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Selari
dengan matlamat wawasan 2020 untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
1.
Penerbitan.
Menerbitkan
penerbitan seperti Majalah Muhibbah, Harian Jiran, Permata Hatiku (kompilasi,
antologi pendek remaja), warisan (antologi cerita pendek dan beberapa lagi
penerbitan). Karya-karya ini diterbitkan untuk memupuk semangat perpaduan
melalui penulisan. Terdapat ramai sasterawan-saterawan Negara terlibat dalam
usaha ini termasuklah A Samad Said, Usman Awang, Said Zahari dan sebagainya.
Bentuk-bentuk tulisan tidak terhad dalam menceritakan tentang satu kaum atau
budaya. Malahan ia melibatkan semua kaum di Negara.
2.
Sambutan
Hari Perpaduan.

Gambar 3: Sambutan Hari Malaysia
Sambutan
hari perpaduan yang juga dikenali hari Malaysia disambut pada setiap tahun
untuk mengingatkan rakyat tentang kepentingan dan patriotisme demi kebaikan dan
kesetabilan Negara. Pada hari ini, berbagai-bagai aktiviti dan program
dijalankan menglibatkan penglibatan semua kaum yang wujud di Malaysia. Hari
Malaysia juga digazetkan sebagai cuti umum untuk semenanjung Malaysia Sabah dan
Sarawak.
3.
Kempen
Jalur Gemilang.

Gambar 4: Kempen Jalur Gemilang
Kempen
Jalur Gemilang diadakan dengan aktiviti utama yang menyeru seluruh rakyat
Malaysia untuk mengibarkan bendera Malaysia yang tercinta. Kempen ini biasanya
diadakan pada sebelum dan selepas sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pada
waktu kempen ini, Jabatan Perpaduan akan mengedarkan Bendera Jalur Gemilang
secara percuma kepada orang ramai. Bangunan-bangunan Jabatan Kerajaan pula
mengambil inisatif awal dengan menggantung dan mengibarkan Bendera Malaysia di
ruang pejabat mereka.
4.
Pertandingan
nyanyian koir.

Gambar 5: Pertanding Koir Peringkat
Sekolah
Pihak
universiti dan sekolah akan mengadakan pertandingan koir di peringkat
sekolah/university dan peringkat Daerah/Negeri yang mana pertandingan akhir
diadakan di peringkat nasional. Peserta-peserta diberi peluang untuk
menunjukkan bakat mereka di samping memupuk semangat perpaduan dikalangan
mereka. Pada peringkat akhir pertandingan ini biasanya dihadiri oleh Pegawai
Kerajaan, Menteri ataupun Perdana Menteri sebagai sokongan kepada peserta.
4.0 IMPAK
SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar
belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang
interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak
negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari,
Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V
Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar
negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam
kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman
politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang
boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur
tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan
pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran
sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan
Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan
terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan
'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989
yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh
Malaysia di arena antarabangsa.
Di samping itu, dalam sukan
badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988
dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti
sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar
sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan
warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih
tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.
Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional
serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah
sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang
Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada
organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam
kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi
sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan,
ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu
memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang
boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan
rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan
perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan
kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana'
dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Dasar Sukan Negara. Matlamat utama
penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti
sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi
dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif,
strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan,
persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan,
institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan
sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan
budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan
masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi
Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan
diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan
sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan
dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang
sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan
kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang
untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu
ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat
besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu,
masyarakat dan negara.
Di peringkat individu, sukan
menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya
saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
5.0 SATU MURID SATU SUKAN

Dasar 1Murid
1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011
banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk
program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi
serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan
penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di
sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih
lanjut dalam perbincangan seterusnya.
Antara manfaat
dasar 1Murid 1Sukan ini ialah murid-murid dapat mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai
contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti
bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan
sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak
kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat
menggunakan masa dengan berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti
yang kurang sihat.
Dasar ini
membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan.
Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan
bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah
sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan
sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan
berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa
dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang
diminati oleh mereka.
Selain itu,
program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan
murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti sukan
akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat,
otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain,
murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam
pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini,
murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Seterusnya,
dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti
sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk
melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain
itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau
dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang
diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan
semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa
dasar ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam
aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.
Melalui dasar
ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum dalam kalangan
murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau
permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika
melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya,
murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum
seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan dalam sesuatu permainan
atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan lebih erat
dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum.
Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat
kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini.
6.0 KESIMPULAN
Sukan merupakan
aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat
diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk
mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat
bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan
anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
Sukan tidak
pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,
kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di
peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan
di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara
dan jalinan kerjasama antarabangsa.
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan
Negara Malaysia
Arshad, Z. (2003). Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan
Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan (Doctoral
dissertation, Universiti Putra Malaysia).
Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu:
Penerbitan Pelangi.
Shakil Hameed, N. M. (2012). Sukan penyatu Rakyat. Berita Harian,
15-15.
Wikipedia sukan, ensiklopedia
bebas