27 Nov 2016

IT
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Flat UI Design Resources



Isi Kandungan

Kandungan
M/ surat
1.0
Pengenalan

3 - 4
2.0
Ciri-ciri penting untuk memilih peranti storan sekunder yang sesuai bagi perniagaan yang bersaiz SM berasaskan dalam talian (Internet)

5 - 7
3.0
Cadangan jenis peranti storan sekunder
3.1 Storan Awan (Cloud Storage)
3.1.1 Penerangan
3.1.2 Contoh-contoh storan awan
3.1.3 Justifikasi
3.1.4 Contoh bagaimana storan awan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)

8 - 13

3.2 Rangkaian Storan (Nerwork-Attached Storage - NAS)
3.2.1 Penerangan
3.2.2 Contoh-contoh rangkaian storan
3.2.3 Justifikasi
3.2.4 Contoh bagaimana rangkaian storan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)

13 - 19
4.0
Rujukan
20






1.0  Pengenalan

Keperluan tugasan ini adalah untuk mencadangkan dan membincangkan tentang jenis peranti storan sekunder yang sesuai bagi menyokong perniagaan yang bersaiz Kecil dan Sederhana (SM) berasaskan dalam talian (Internet).

Rajah 1: Jenis storan komputer yang merangkumi storan utama , storan sekunder dan penyimpanan luar talian.

Storan sekunder merupakan peranti yang berfungsi untuk menyimpan arahan atau data secara kekal (non-volatile) dan tidak terhapus apabila suis komputer dimatikan. Tetapi storan sekunder dianggap sebagai semipermanent kerana dengan arahan tertentu, arahan atau data di dalamnya boleh dihapuskan. Muatan data pada storan sekunder dipanggil densiti.  Unit untuk mengukur densiti bergantung kepada jenis storan sekunder.
Storan sekunder tidak memerlukan ruang atau tempat simpanan yang besar seperti rak atau almari yang besar dan banyak.  Kebolehpercayaan (reliable) data selamat sekiranya tidak diberi hak penggunaan secara bebas.  Data boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa sahaja.  Kos storan sekunder lebih murah dari kos untuk membeli rak atau almari.  Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak dan selamat serta jimat masa untuk pencarian data.
Storan sekunder, juga dikenali sebagai penyimpanan tambahan atau luaran. Ia digunakan untuk menyimpan, membuat sandaran storan utama melalui replikasi, yang memegang satu salinan sekunder data, dan juga untuk mengangkut fail yang terdiri daripada data atau program dari satu lokasi atau komputer yang lain.
Terdapat batasan bagi storan utama jika berbanding dengan storan sekunder, data yang disimpan di dalam storan utama hilang apabila kuasa elektrik dimatikan atau terganggu. Ini tidak akan berlaku kepada storan sekunder. Contoh-contoh untuk peranti storan sekunder adalah pita magnetik, cakera magnetik, cakera optikal, Bas Bersiri Semesta/ Universal Serial Bus (USB), pemacu kilat, kad jalur magnet dan lain-lain. Untuk teknologi terkini, penyimpanan awan sering digunakan untuk storan sekunder. 
Rajah 2: Pelbagai jenis storan sekunder.
Keperluan untuk simpanan terus berkembang disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi dari pengguna untuk menyimpan lebih banyak media digital seperti video, muzik, dan imej. Data disimpan pada storan sekunder kod digital atau mesin, jadi ia tidak perlu diterjemahkan daripada 1s & 0s apabila ia dihantar ke CPU untuk diproses.
Storan sekunder menyediakan simpanan kekal atau tidak menentu . Peranti storan sekunder membaca dan menulis data ke media storan. Membaca adalah proses mendapatkan semula atau mengakses maklumat daripada peranti storan sekunder. Di samping itu, penulisan adalah proses menyimpan maklumat ke peranti storan sekunder .
2.0 Ciri-ciri penting untuk memilih peranti storan sekunder yang sesuai bagi perniagaan yang bersaiz SM berasaskan dalam talian (Internet)

Dalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan. Berikut merupakan definisi untuk kategori kecil dan sederhana bagi sektor-sektor berkenaan.

Kategori
Kecil
Sederhana
Pembuatan
Jualan tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM15 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 75 orang.
Jualan tahunan daripada RM15 juta kepada tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 75 orang kepada tidak melebihi 200 orang.
Perkhidmatan dan Sektor Lain
Jualan tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM3 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 30 orang.
Jualan tahunan daripada RM3 juta kepada tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 30 orang kepada tidak melebihi 75 orang.

Jadual 1: Definisi berdasarkan Saiz Operasi

Dalam persekitaran perniagaan, perniagaan bersaiz kecil atau sederhana yang berasaskan  dalam talian (Internet), anda akan memerlukan lebih banyak ruang untuk penyimpanan data. Maklumat ini boleh dalam bentuk e-mel, dokumen, persembahan, pangkalan data, grafik, fail audio dan sebagainya. Tambahan pula, pertumbuhan data korporat telah mendorong ramai pengurus penyimpanan untuk memindahkan data kepada peranti storan sekunder untuk mengurangkan tekanan pada sistem storan utama dan mengekalkan data yang lebih tua dalam bentuk mudah diakses untuk memenuhi keperluan perniagaa. Di samping itu, aplikasi yang berfungsi dan melindungi perniagaan anda memerlukan banyak ruang cakera.
Dari memori flash untuk penyimpanan rangkaian kawasan, perniagaan kecil dan sederhana mempunyai lebih banyak peranti storan berbanding sebelum ini. Jadi, kita akan membincangkan mengenai ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih jenis peranti storan sekunder yang sesuai untuk menyokong perniagaan kecil dan sederhana dalam talian:
        i.            Kapasiti atau saiz peranti yang menjimatkan ruang
Syarikat perlu memastikan bahawa jumlah data yang mereka miliki dan peranti yang sesuai dengannya. Data yang disimpan dalam peranti sekunder boleh mencapai gigabit (GB) atau terabyte (TB). Pada masa kini , kebanyakan perniagaan bersaiz SM berasaskan talian memerlukan kapasiti penyimpanan yang lebih besar kerana setiap versi baru aplikasi perisian atau sistem operasi yang sedang kemas kini masa memerlukan kapasiti besar untuk melaksanakannya.

      ii.            Kebolehpercayaan (reliable) atau keselamatan peranti
Data adalah bahagian yang paling berharga dan sulit bagi sesebuah syarikat, supaya mengelakkan ia daripada kebocoran dan melindungi kebaikan syarikat mereka. Mengenai ciri ini, syarikat-syarikat harus memikirkan tentang kebolehpercayaan storan sekunder yang dipilih. Berunding dengan penasihat IT dipercayai untuk memastikan bahawa peranti terbaik dan sesuai telah dipilih. Data yang disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi hak penggunaan.

    iii.            Mudah dicapai (convenience)
Ia merujuk kepada lokasi fizikal data, dari lokasi syarikat yang perlu mengakses data dan bagaimana kelajuan yang anda inginkan semasa mengakses data. Walaupun data ini terletak secara fizikal di mana-mana rangkaian, data yang boleh diakses serta-merta dan lokasi benar-benar akan menjadi faktor utama bagi perniagaan bersaiz SM berasaskan talian untuk memilih peranti storan sekunder yang sesuai. Data atau arahan yang disimpan di dalam storan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Ia boleh memudahkan pentadbiran penyimpanan dan sandaran data atau pemulihan dengan keistimewaan yang mudah dicapai.

    iv.            Ekonomi atau kos yang berpatutan
Dalam usaha untuk mencapai hasil yang paling maksimum, syarikat itu perlu mencari peranti yang menyediakan kos penyimpanan yang munasabah dan berpatutan serta terbaik bagi keperluan perniagaan bersaiz SM berasaskan talian. Kos storan sekunder jauh lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak atau kabinet. Ia lebih ekonomi jika dibandingkan dengan kebaikan iaitu boleh menyimpan data dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang disimpan dan kemudahan untuk mendapatkan kembali data yang disimpan.

      v.            Jangka hayat
Sesetengah peranti sekunder mempunyai jangka hayat yang terbukti sesuai untuk penggunaan atau aplikasi sehingga 100 tahun. Jadi, ini adalah bahagian yang perniagaan bersaiz SM berasaskan talian perlu mempertimbangkan sebelum memilih jenis peranti storan sekunder yang paling sesuai. Mereka mampu untuk mengekalkan data yang lebih tua dalam peranti dengan kemudahan pengaksesan yang mudah dan di mana ia juga mampu memantau atau menguasai perkembangan dan pembangunan perniagaan tanpa kehilangan data.

















3.0     Cadangan jenis peranti storan sekunder untuk menyokong perniagaan bersaiz SM berasaskan talian
3.1  Storan Awan
3.1.1     Penerangan
Kalau dari kata Cloud itu sendiri, ertinya memang awan. Namun, dalam dunia teknologi, istilah Cloud itu merujuk kepada jaringan internet. Jadi ia menunjukkan bahawa teknologi yang menghubungkan satu sama lain melalui jaringan tanpa kabel tersebut. Pengguna boleh menyimpan berbagai fail atau dokumen di internet melalui penyedia layanan penyimpanan berasaskan cloud tersebut.
Rajah 3: Kemudahan penyimpanan awan yang memanfaatkan para pengguna.
Hampir semua jenis fail boleh disimpan, seperti muzik, foto dan gambar, video, dokumen, dan sebagainya. Semua file itu tersimpan tanpa mengurangkan memori gajet kita. Penyimpanan ini boleh diakses apabila diperlukan, oleh itu ia membawa kemudahan kepada para pengguna. Tempat penyimpanan cloud sebenarnya ada di server penyedia layanan penyimpanan cloud, seperti Dropbox, Google Drive, Box , OneDrive , dan lainnya.
Biasanya pengguna laman web seperti ini akan mewujudkan satu akaun yang dilindungi dengan kata laluan dan pilih fail untuk peribadi atau fail yang boleh berkongsi dengan individu tertentu. Mereka boleh log masuk ke mana-mana komputer atau peranti mudah alih untuk mengakses fail mereka dan ini memastikan bahawa tidak kira di mana anda berada, fail-fail penting sentiasa bersama dengan anda. Selain daripada itu, data yang kita simpan terjamin keselamatannya, kita juga tidak perlu khuatir jika tiba-tiba terjadi masalah pada peranti elektronik kita. Semua data penting yang kita miliki pun tetap tersimpan aman di dalam penyimpanan awan.
Kebanyakan laman web ini menawarkan jenis simpanan secara percuma untuk ruangan yang terhad, namun anda boleh pilih untuk membayar bagi ruangan tambahan dengan harga yang munasabah kerana terdapat banyak pilihan yang berbeza dan persaingan sengit dalam bidang ini.

3.1.2     Contoh-contoh storan awan
Google Drive
Just Cloud
Dropbox
SkyDrive
Copy
iCloud
Sugar Sync
Cubby
Box Cloud Storage

Jadual 2: Pelbagai jenis storan awan.
3.1.3     Justifikasi
                                   i.      Keselamatan data perniagaan dapat dilindungi dalam bentuk yang mudah diakses untuk memenuhi permintaan perniagaan.
Perniagaan bersaiz SM berasaskan talian sebenarnya berkeperluan untuk melindungi data yang disimpan di tempat perniagaan mereka dengan membuat sandaran fail yang paling penting di storan awan. Perkara yang paling penting ialah mereka mampu berkongsi dengan pelanggan mereka dengan mudahnya walaupun fail yang bermuatan besar.
Rajah 4: Kemudahan storan awan meningkatkan prestasi dan daya saingan peniaga.
Manakala dengan rakan-rakan juga dibenarkan pengaksesan mereka dengan dibekalkan kata laluan untuk perkhidmatan simpanan dalam talian. Berlandaskan itu, kerumitan untuk menghantar e-mel berisi fail-fail besar dapat dielakkan. Ia menyediakan cara yang lebih berkesan untuk menaik taraf perniagaan mereka juga.
Penyimpanan atau storan awan adalah mudah kerana kita boleh membuat sandaran fail secara tetap. Oleh itu, ia berupaya melindungi fail tersebut walaupun timbul masalah pada cakera keras komputer atau menghadapi bencana alam yang di luar jangkaan dan kawalan kita. Selain daripada itu, kita boleh log masuk ke akaun storan awan dari mana-mana komputer menggunakan pelayar web, dan ia memang cara yang ideal untuk mendapatkan semula fail apabila anda berada jauh dari komputer anda.
                                    ii.   Menyimpan data atau maklumat dengan kos yang lebih rendah berbanding kos untuk mewujudkan ruangan simpanan yang besar.
Perniagaan bersaiz SM berasaskan talian boleh bermonolog sendiri:"Mengapa kita perlukan penyimpanan?" Biasanya, kapasiti adalah aspek yang paling asas dan yang paling jelas berhubungkait dengan penyimpanan. Untuk storan awan, ia membolehkan perniagaan untuk menggunakan aplikasi yang dicipta sebelum ini mudah didapati di web. Kebanyakan perkhidmatan yang disediakan di bawah storan awan adalah percuma untuk ruangan terhad dan digunakan secara meluas serta diterima dalam perniagaan.
Sistem penyimpanan mungkin akan kekal sebagai komponen tulang belakang pada rangkaian anda untuk masa yang sangat lama kerana kos yang sangat tinggi dan kerumitan untuk menyediakan ruangan simpanan yang besar. Jadi, ia adalah ideal untuk mencari storan awan yang membekalkan jumlah simpanan yang tinggi dan dengan kos yang lebih rendah. Sebagai contoh, Cubby merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan storan awan di mana pengguna yang mendaftar diberi 5GB percuma ruangan simpanan. Pelan tambahan menawarkan 100GB ruangan dengan hanya bayaran USD 4 setiap bulan, di samping itu, boleh dinaiktaraf sehingga 2TB dan bayarannya hanya USD 100 bulanan. Ia juga menawarkan pelan bisnes yang mempunyai tahap sekuriti maksimum dan perkongsian data yang menakjubkan.
3.1.4 Contoh bagaimana storan awan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)
Sebagai contoh, seorang pemilik kedai alat tulis dan cenderahati, Encik Lim ingin mencari rakan perkongsian demi mengembangkan liputan perniagaannya di samping membuka laman web sendiri bagi merentasi bisnes atas talian di mana pelanggan dapat membeli barangan mereka dengan hanya melayari laman web mereka dan membuat tempahan.
Sementara itu, dalam mesyuarat secara formal mahupun perbincangan yang tidak rasmi antara mereka, Encik Lim perlu membentangkan kertas cadangan kepada rakan-rakannya dengan niat mendapat persetujuan dan persefahaman daripada mereka untuk bekerjasama.
Namun, adalah lebih mudah dan kondusif bagi Encik Lim seandainya beliau menyimpan fail kertas cadangan atau segala maklumat berhubung dengan perniagaannya di storan awan supaya lebih mudah diakses di mana-mana sahaja walaupun tanpa membawa bersama-sama dengan komputer riba peribadinya atau cakera keras luaran serta pen drive.
Dengan hanya kata laluan untuk log masuk ke storan awan, maka segala maklumat untuk berkongsi dengan rakan perkongsian dapat dicapai dengan kadar segera. Tambahan pula ia adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan pen drive atau cakera keras luaran kerana pada masa kini, keselamatan atau ketenteraman awan merupakan faktor yang perlu diambil berat. Risiko bagi kehilangan barangan berharga adalah lebih tinggi.
Rajah 5: Pilihan terletak di tangan pengguna untuk melanggan lebih ruangan atau terus menggunakan dengan percuma.
Data yang disimpan dalam storan awan tidak akan dicuri, tetapi komputer riba atau pen drive mungkin akan menghadapi risiko masalah keselamatan. Di samping itu, kadang-kala kerosakan yang tidak dapat dijangka mungkin berlaku ke atas gajet-gajet, namun data yang disimpan di storan awan pula tidak mengalami masalah ini selagi ada sambungan internet, maka tidak menjadi masalah untuk Encik Lim mendapatkan maklumat atau failnya untuk menjalankan perbincangan bersama rakan-rakannya.



3.2     Storan Rangkaian/ Network-Attached Storage (NAS)
3.2.1  Penerangan
NAS adalah penyelesaian penyimpanan yang sempurna untuk perniagaan bersaiz SM berasaskan talian. Memandangkan storan awan sangat popular masa kini, banyak laman web dan aplikasi kini menawarkan storan awan samada berbayar atau percuma, dengan beberapa fungsi tersendiri. Namun NAS memberi peluang kepada kita untuk membina storan awan sendiri, yang boleh diakses dari mana jua menerusi sambungan internet. Teknologi storan rangkaian membolehkan perniagaan untuk menguruskan semua sumber simpanan mereka secara berpusat dengan menyediakan pelan keseluruhan untuk semua peranti storan dalam syarikat itu.
Rajah 6: Contoh kegunaan NAS dalam perniagaan.
NAS adalah sebuah server atau pelayan dengan sistem operasi yang dikhususkan untuk mereka yang perlukan storan yang selamat untuk menyimpan, berkongsi dan membuat salinan serta menguruskan pelbagai jenis fail digital dalam amaun yang besar.
NAS menyediakan kemudahan mengakses data dengan lebih cepat, pengelolaan dan konfigurasi lebih mudah dan senang. NAS juga mengambil alih fungsi dan tanggungjawab untuk melayani penanganan berkas dari server lain dalam sebuah jaringan dan juga menyediakan akses dengan protokol seperti NFS, SMB/CIFS atau AFP. Ia turut boleh dijadikan sebagai hub multimedia dan hiburan serta boleh berhubung dengan mana-mana peranti yang serasi.
Rajah 7: “My Cloud Business” keluaran WD yang mempunyai fungsi-fungsi sesuai dengan keperluan perniagaan bersaiz SM berasaskan talian.
Contoh ‘My Cloud Business’ iaitu My Cloud DL2100 (2-slot) dan My Cloud DL4100 (4-slot) produk WD dikuasakan CPU Intel Atom dwi-teras dan dijalankan menerusi sistem operasi WD My Cloud, OS berasaskan Linux, dengan kapasiti storan sehingga 24TB. Ia menawarkan ciri tambahan seperti enkripsi AES 256-bit bagi perlindungan data tertinggi di samping pilihan pelbagai RAID 0, 1, 5, 10 JBOD dan mod spanning. Kelebihannya ialah fungsi membuat salinan terhadap diri sendiri ke tempat lain, seperti storan awan Amazon S3 dan ElephantDrive. Selain itu, fungsi satu-sentuhan USB3.0 membolehkan ia membuat salinan dati dari storan USB luaran yang disambungkan ke port USB padanya, terus ke dalam storan WD My Cloud.
Sistem NAS membantu mengkonsolidasikan perangkat-perangkat penyimpanan dengan mengganti hard disk-hard disk kecil yang terhubung ke tiap-tiap komputer dengan subsistem yang berkapasiti tinggi. Kerana mampu menyediakan kapasiti simpan hingga beberapa terabyte dengan keadaan fizikal yang kecil, NAS juga berupaya menjimatkan ruang dalam pusat penyimpanan data. Untuk memastikan akses data yang cepat, produk NAS dilengkapi dengan satu atau lebih portal Ethernet.
Kesimpulannya, memandangkan kebanyakan perniagaan kecil tidak mempunyai jabatan IT khusus, maka NAS merupakan jalan mudah untuk menggunakan, mengurus dan menyatukan kesemua maklumat. Ia menawarkan cara yang lebih mudah bagi pemilik bisnes untuk menyimpan dan membuat salinan fail dalam jaringan secara menyeluruh di samping mempertingkatkan daya saingan bisnes tersebut.
3.2.2     Contoh-contoh Storan Rangkaian (NAS)


QNAP TS-212 TurboNAS

Synology CS407

Seagate Business Storage Windows NAS Server

Drobo 5N Network Attached Storage Array

Synology DiskStation DS1513+

Synology DS412+

Jadual 3: Pelbagai jenis storan rangkaian (NAS).

3.2.3     Justifikasi
                                         i.   Cepat, membantu memudahkan penggunaan, pengaksesan data dalam persekitaran rangkaian IP yang boleh dipercayai
NAS boleh menjadi asas sebagai cakera keras tunggal dengan port Ethernet atau terbina dalam sambungan Wi -Fi. Ia juga boleh menyediakan tambahan USB dan port FireWire di mana ia membolehkan perniagaan untuk menyambung pemacu keras luaran untuk skala kapasiti penyimpanan keseluruhan perniagaan.
Sejak peranti dipasangkan ke dalam rangkaian anda, jadi mana-mana komputer dalam rangkaian sama boleh mengakses NAS anda. Jadi anda tidak lagi terhad kepada memasang satu pemacu luaran untuk satu komputer. Hari ini, kebanyakan kita mempunyai lebih daripada satu komputer dan ini menjadi penyelesaian yang ideal. Melainkan pejabat anda dilanda bencana, kebakaran atau kecurian, maka kemungkinan rendah bahawa semua pemacu keras di NAS anda akan gagal pada masa yang sama.
Jika dengan hanya memiliki perniagaan bersaiz SM, anda mungkin tidak memerlukan sistem server komputer yang sangat kompleks sehingga perlu mewujudkan bahagian atau unit teknik khas khusus untuk menguruskan data atau informasi penting. Dengan itu, sistem NAS dalam jaringan kecil untuk dapat memback-up data secara konsisten dan dilakukan berkala merupakan jalan penyelesaian.

                                       ii.   Pengurusan berpusat dan menyatukan
NAS membolehkan perniagaan untuk menyatukan penyimpanan, dan dengan itu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos; memudahkan pentadbiran penyimpanan dan data sandaran dan pemulihan; dan membolehkan pengukuran mudah untuk memenuhi keperluan penyimpanan yang semakin meningkat.
Rajah 8: WD Red yang mampu menyokong sistem NAS sehingga 8 cakera keras sekaligus.
Bagi perniagaan bersaiz SM akan menghargai ciri-ciri perlindungan data canggih seperti replikasi data dari peranti ke peranti, sistem penyimpanan RAID termasuk dua atau lebih pemacu keras setara (seperti dua pemacu 500GB) dalam satu peranti rangkaian disambungkan. Fail bertulis kepada pemacu utama direkod secara automatik untuk cakera keras kedua juga. Ini bermakna bahawa jika cakera keras yang pertama gagal berfungsi, masih akan mempunyai akses kepada semua aplikasi dan fail pada cakera kedua. Oleh itu, ia memastikan bahawa keselamatan dan kebolehpercayaan akses kepada data.
3.2.4     Contoh bagaimana rangkain storan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)
Pemilik perniagaan SM tentu menginginkan satu sistem rangkaian penyimpanan data yang berpusat supaya data serta maklumat penting syarikat dapat dijamin keselamatannya yang maksimum. Sebagai contoh, seorang usahawan dengan beberapa orang rakan kongsi yang baru menceburi bidang niaga yang menjual pakaian secara atas talian. Maka data utama syarikat mereka tentu berkaitan dengan gambar-gambar pakaian serta maklumat asas pelanggan mereka dan segala yang berhubung dengan bidangnya.
Rajah 9: Ciri-ciri perkhidmatan yang menepati permintaan pengguna peribadi atau peniaga bersaiz SM.
Cuba bayangkan seandainya terdapat kegagalan pada sistem pusat komputer mereka, apa yang akan terjadi? Tentu kerugian yang amat besar harus ditanggung termasuk data pengguna yang mereka miliki akan menyusahkan operasi seterusnya. Oleh itu, dengan bantuan storan rangkaian(NAS) yang teknologinya semakin canggih hari ini, maka kerisauan mereka boleh reda kerana seperti yang dibincang pada sebelum ini, data yang disimpan akan membuat salinan secara automatik untuk mengelakkan cakera keras utama tergendala atau gagal berfungsi.
Selain daripada itu, pemilik dapat mengakses semua data yang tersimpan dalam storan rangkaian dengan smartphone dan notebook yang anda miliki. Kemudahan yang sungguh selesa dikecapi dan maklumat yang dicapai mampu memberi kelebihan dan mempertingkatkan saingan perniagaan dalam bidang mereka.

(2975 patah perkataan)


















4.0 Rujukan

EMC Education Services (2009). Information Storage and Management Training. EMC

Hashim, M. K., and Wafa, S. A. 2002. Small & medium sized enterprises in Malaysia: Development issues. Petaling Jaya, Malaysia: Prentice Hall.

Hibbard, E. (2011). SNIA Storage Security Best Practices. Storage Networking IndustryAssociation (SNIA)

Mengenali Network-Attached Storage – NAS. (2014). Diakses pada 1 Jun 2016, dari https://irmanista.wordpress.com/2014/01/10/mengenali-network-attached-storage-nas/

NAS: Enterprise-class storage made easy for the SME. Diakses pada 1 Jun 2016, dari https://www.businessdirect.bt.com/blog/nas-enterprise-class-storage-made-easy-for-the-sme-1930

Network Attached Storage: 5 Solutions Compared. Diakses pada 30 Mei 2016, dari http://www.tomsitpro.com/articles/network-attached-storage-solutions,2-703.html

Opsyen storan Surface. (n.d.). Diakses pada 30 Mei 2016, dari http://www.microsoft.com/surface/ms-my/support/storage-files-and-folders/surface-storage-options

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia - Definisi PKS. (n.d.). Diakses pada 30 Mei 2016, dari http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2015-12-21-09-09-49/sme-definition/87-definisi-pks-sme-info

What is a secondary storage device? (n.d.). Diakses pada 2 Jun 2016, dari http://www.computerhope.com/jargon/s/secostor.htm






Kami menyediakan perkhidmatan penulisan esei, artikel, terjemahan dan juga kertas penyelidikan pada harga yang sangat kompetitif. Setiap kerja yang dihasilkan akan melalui semakan Turnitin secara percuma! Ini untuk memastikan setiap hasil kerja kami bebas plagiarisme

Biar Kami Bantu Anda

Hubungi Kami
MS SARAH
+60182765083
KUALA LUMPUR