Contoh Tugasan

Contoh-contoh tugasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami.
- Friday, November 13, 2015

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

UI Design
























 FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN



MEI 2015




MPU3123


TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)














NO. MATRIKULASI                       :       
NO. KAD PENGNEALAN              :       
NO. TELEFON                                 :       
E-MEL                                               :       



PUSAT PEMBELAJARAN            :       


                                                                                                                         


ISI KANDUNGAN
1.0       PENGENALAN                                                                                            2
                       
2.0       MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH                        3

3.0       SEJARAH PEMBINAAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH                                                                                     8
            3.1       Sejarah Ringkas Masjid Sultan Salahuddin
            Abdul Aziz Shah                                                                        9
            3.2       Fakta Menarik Tentang Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah                                            10       

4.0       AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID
SULTAN SALAHUDIN ABDUL AZIZ SHAH                                           11

5.0       KESAN-KESAN POSITIF KEPADA MASYARAKAT
TEMPATAN                                                                                                  17

6.0       KESIMPULAN                                                                                              20


           
1.0       PENGENALAN
Kemasukan dan penyebaran agama Islam ke Dunia Melayu-Nusantara bukan sahaja menyebarkan agama dan mengenalkan tamadun baru, malah bersamanya Islam mengekalkan seni bina masjid, tempat ibadah orang Islam (Nasir, 1995). Kerajaan Islam Sumatera, Brunei, Jawa, Filipina, Patani dan Melaka juga terdiri. Perkembangan kerajaan Islam itu memungkinkan pula tukang-tukang yang mahir memperlihatkan daya kreativiti mereka. Mereka membina masjid yang seni binanya disesuaikan dengan alam dan persekitaran setempat, khususnya iklim yang panas dan hujan sepanjang tahun, serta dipadankan pula dengan bahan-bahan daripada kayu yang mudah didapati tanpa menjejaskan fungsi masjid.

Seni bina Islam telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam.

Menurut Hamdan (1992), prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Daripada empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan.

Islam telah menghidupkan pelbagai bentuk seni yang sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan semasa. Antaranya ialah seni khat, seni bina, seni suara, lagu dan irama, seni sastera, dan seni pembuatan dan sebagainya. Masjid merupakan sebuah bangunan yang bercorak keagamaan dan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, bahkan juga sebagai tempat pertemuan umat Islam bagi membincangkan hal kemasyarakatan dan kebajikan umat sejagat. Artikel ini akan membincangkan beberapa aspek dalam seni bina masjid, sejarah asal-usul dan juga ciri-ciri seni bina masjid yang dipilih iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.


2.0       MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Gambar 1: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di waktu malam.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan ini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah. Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Merupakan menara masjid kedua tertinggi di dunia. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.

Masjid ini mempunyai dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. Setiap tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif. Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan. Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai RM18 juta.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung 24000 orang jemaah. Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat satu, dan galeri di tingkat dua.

Gambar 2: Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Gambar 3: Mimbar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diukir oleh pengukir tempatan mengikut corak-corak Islam pada masjid-masjid lama di Malaysia.

Selain mempunyai kubah Masjid yang terbesar di dunia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga mempunyai menara azan yang kedua tertinggi di dunia. Menara ini yang ketinggiannya mencecah hampir 180 kaki dibina dengan menggunakan konkrit. Untuk kemudahan pengguna, setiap menara dilengkapi dengan lif.

Antara lain masjid ini juga mempunyai mimbar yang unik, mimbar masjid ini dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi, berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.

Masjid yang juga dikenali sebagai “masjid biru” di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.

Gambar 4: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar yang mana meliputi sebuah taman dan tasik.



Gambar  5: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pandangan dari Taman Tasik (tasik Timur)

Figure 6: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kubah pada jarak dekat.

3.0       SEJARAH PEMBINAAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah diarahkan dibina oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya pada Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan menjadi ibu Negeri Selangor). Masjid ini dibina oleh Jurubina Bertiga pada Awal tahun 1977. Perletakan batu asas masjid ini disempurnakan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980. Pembinaan masjid ini bermula pada 1 Oktober 1983 dan telah siap dibina pada 15 Ogos 1987. Masjid ini mula digunakan oleh semua umat islam pada 3 Disember 1987 (hari khamis) dan selepas setahun kemudian masjid ini telah dirasmikan pada 11 Mac 1988.

Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas arahan Sultan Salahuddin melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1975. Tahun 1977, Jurubina Bertiga Arkitek diketuai oleh Dato' Baharuddin Abu Kassim, sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Beliau telah mengunjungi beberapa negara Islam untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid yang ada di negara-negara berkenaan.

Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekar ini bermula pada 1 Oktober 1983. Pelbagai firma dan pakar juga terlibat dalam pembinaannya. Mereka termasuklah:

  • Tahir Wong & Partners
  • Brian Moorhead & Partners, Manchester
  • Pakatan Internasional Malaysia
  • Bina Goodyear Bhd, Malaysia
  • Satrick Corporation (Korea)
  • Baco Contract Ltd
  • Maju Tenko Sdn Bhd
  • O'Connor's (Malaysia) Sdn Bhd
  • Cahaya Letrik Kompeni


Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.

Masjid yang juga dikenali sebagai “masjid biru” di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.

Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang  memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.

Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan  seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih

3.1       Sejarah Ringkas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Arahan pembinaan: Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan: Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri   Selangor pada 14 Febuari 1974)

Arahan kepada: Jurubena Bertiga

Tarikh diamanahkan: Awal tahun 1977

Perletakan batu asas: Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980

Tarikh pembinaan: 1 Oktober 1983

Tarikh Sempurna: 15 Ogos 1987

Tarikh digunakan: 3 Disember 1987 (hari khamis)

Tarikh dirasmikan: 11 Mac 1988


3.2       Fakta Menarik Tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah merupakan Masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai kubah masjid yang terbesar di dunia manakala menara azannya adalah kedua yang tertinggi di dunia. Masjid ini berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa.

Struktur kubah masjid ini menggunakan tiub aluminium yang ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. Dan disebabkan oleh keistimewaan ini, Masjid Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun.

Antara lain, tapak masjid ini dipilih sendiri oleh baginda Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Baginda turut menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih RM2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai lebih RM200 ribu yang dibeli di Hongkong. Selain itu Baginda Sultan juga menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.

Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli. Kubah dalaman dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.

Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.



4.0       AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID SULTAN SALAHUDIN ABDUL AZIZ SHAH

Masjid merupakan tunggak kepada kekukuhan dan kerukunan masyarakat setempat dalam menongkah arus  kebangkitan Islam. Ia menjadi lambang keagungan Islam kerana ia merupakan institusi pertama yang telah didirikan oleh Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah. Semenjak terbinanya masjid yang pertama itu  dan sepanjang sejarah awal Islam, masjid merupakan pusat penyebaran sinar Islam dan juga pusat pentadbiran awam.

Secara tuntasnya, masjid bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca al- Quran tetapi sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan dan pertemuan bagi orang Islam. Masjid juga berperanan sebagai sumber pertumbuhan harta- harta wakaf yang selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam.
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah memainkan peranan yang penting dalam masyarakat islam di Shah Alam. Selain menjadi ‘landmark’ paling popular di negeri Selangor, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah juga memberi faedah kepada masyarakat tempatan dengan adanya aktiviti-aktiviti di bawah;

  1. Tempat Ibadat dan Dewan Syura
Selain tempat ibadat, Masjid merupakan Dewan Syura umat Islam. Di zaman Rasulullah perbincangan secara syura dibuat sebelum memasuki perang Uhud, Ahzab dan lain-lain peperangan. Di zaman Khulafak Alrasyidin, Masjid Nabawi digunakan sebagai tempat membincangkan masalah perang, perjanjian-perjanjian, majlis perdamaian dan masalah-masalah politik.

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah  menjadi lokasi utama ibadat umat islam setiap hari. Ibadat sembahyang Jumaat juga diadakan seminggu sekali di masjid ini dan acara tahunan termasuklah sembahyang sunat aidilafitri dan aidiladha.


  1. Aktiviti Kebajikan dan nasihat
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah  berfungsi menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan pembahagian harta-harta tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan. Ini dapat dilihat dengan kewujudan kaunter Pusat Zakat Selangor di Masjid tersebut. Kaunter tersebut yang dibina berhampiran Bilik Kuliah dan Bilik Wuduk Lelaki memudahkan masyarakat berurusan dengan lembaga zakat pada bila-bila masa.

Gambar 7: Kaunter Zakat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah


  1. Aktiviti Pendidikan setempat dan latihan
Peranan terpenting Masjid di zaman awal Islam ialah dibidang pendidikan. Masjid Nabawi mengeluarkan generasi Islam pertama yang dikenali sebagai ‘Generasi Al-Quran Yang Ulung’ yang mempelopori bidang kepimpinan Islam. Selain Masjid Nabawi, Masjid di Baghdad, Sham, Sana’a, Al-Azhar Mesir, Tunisia, Maghribi dan Andalus memainkan fungsi yang sama.

Menyedari hal ini, pihak pengurusan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah  sentiasa mengajurkan majlis ilmu di Masjid tersebut. Majlis-majlis tersebut termasuklah Forum Perdana Ehwal Islam dan juga Tilawah Al-Quran peringkat negeri.

Dan pada setiap minggu, sebuah klinik yang dinamakan klinik Al-Fatihah akan dianjurkan secara percuma untuk memperbaiki Rukun Qauli peserta. Klinik ini yang mana diadakan pada pukul 11.45 pagi setiap Jumaat mendapat sambutan dari orang ramai.

Gambar 8: Klinik Al-Fatihah

  1. Aktiviti sewaan bilik dan dewan
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah juga ada menawarkan sewaan bilik atau dewan kepada orang ramai yang ingin menjadikan lokasi masjid tersebut sebagai lokasi majlis mereka.

Antara lokasi yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah Dewan Seminar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah  yang mampu menempatkan sehingga 100 orang pengguna dalam satu-satu masa.

Antara lain, bagi mereka yang ingin mengajurkan majlis berbuka puasa ataupun kenduri boleh juga menyewa Dewan Makan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas.

Gambar 9: Dewan Makan Makan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Gambar 10: Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


  1. Aktiviti pelancongan dan penyebaran Islam
Keindahan senibina Islam khususnya melalui pembinaan masjid telah menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia.  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memang kaya dengan keindahan senibina Islam.

Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disamping menikmati keindahan senibina Islam, para pelancong yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Islam boleh menyertai program Pemandu Pelancong Masjid yang dimulakan oleh Islamic Outreach ABIM (IOA) pada tahun 2003.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengurusan Masjid memberi mandat untuk pihak Islamic Outreach ABIM bagi mengendalikan projek MTG ini sepenuhnya di Masjid. Projek ini dibawah pengurusan IOA dibantu oleh Ahli Jawatankuasa IOA-MTG, Koordinator dan Sukarelawan-Sukarelawan yang berminat.


5.0       KESAN-KESAN POSITIF KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN

JAIS telah mengadakan Sistem Pembangunan Masyarakat Masjid iaitu suatu sistem sukarelawan di masjid-masjid agar aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di masjid dapat dipantau untuk tujuan perluasan tanggungjawab, pengiktirafan dan penghargaan menerusi anugerah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah dilihat banyak memberi kesan positif kepada masayarakat setempat sejak masjid itu dibina. Kesan-kesan positif yang dilihat termasuklah:

1.      Tempat Masyarakat Melakukan Aktiviti Bermoral dan Sosial
Setelah diiktiraf antara masjid yang bergerak aktif dan kreatif, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat Melayu-Islam Shah Alam dan sekitarnya. Masjid ini telah berjaya menarik dan mendekatkan masyarakat Melayu-Islam Shah Alam kepada masjid dalam melakukan pelbagai aktiviti yang bermoral serta pembangunan sosial masyarakat. Dengan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, hal tersebut menunjukkan masjid tersebut menjadi tempat untuk para jemaah berkumpul tidak kira apa jua usia untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di samping mengimarahkan lagi masjid. Selain mewujudkan sifat kerjasama, masjid juga mampu menimbulkan sifat asih sayang masyarakat terhadap Islam kerana dengan sifat ini dapat mewujudkan rasa penghayatan dan kefahaman yang betul. Maksudnya, masyarakat akan sentiasa mahu pergi ke masjid bukan sahaja untuk melakukan ibadah tetapi untuk bersama-sama saudara yang lain melakukan pelbagai aktiviti yang menjana pemikiran dan kecerdasan tubuh badan mereka (Siti Noorasikin & Ezad Azraai, 2009).

Tambahan pula, mereka telah sedar betapa pentingnya masjid dalam kehidupan mereka dengan adanya aktiviti yang sentiasa dijalankan oleh masjid dapat menghidupkan Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka. Oleh itu, perlulah aktiviti sebegini sentiasa dijalankan setiap masa agar dapat menjamin keutuhan agama Islam dan umat Islam di Malaysia dapat menghayati Islam dengan betul (Suriani, 2007).


2.      Memberi Pendidikan kepada Masyarakat Melayu-Islam
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah turut memberi sumbangan melalui pendidikan Islam yang diajarkan kepada masyarakat Melayu Malaysia. Kefahaman masyarakat terhadap kehidupan Islam yang sebenar dapat dimudahkan melalui pendidikan. Hal ini disebabkan pendidikan Islam yang diajarkan merangkumi secara keseluruhan berkenaan ilmu agama seperti al-Qur’an, tajwid, tauhid, ibadat, faraid dan hadis. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menawarkan kelas pendidikan Islam adalah untuk membantu masyarakat Melayu terutamanya golongan pelajar sekolah kerajaan dan golongan dewasa mendalami Islam. Golongan dewasa belajar tentang pendidikan Islam di masjid adalah untuk menambahkan ilmu agama yang sedia ada (Zaharah, 2009).

Pendidikan Islam yang ditawarkan oleh masjid bukan hanya ingin dipelajari oleh masyarakat Islam bahkan ia turut ingin dipelajari oleh masyarakat non-Muslim. Hal ini menunjukkan golongan seperti itu telah tertarik hati dengan Islam walaupun mereka tidak terus memeluk Islam. Kebanyakan mereka hanya sekadar ingin tahu dan amat menghormati agama Islam dan umat Islam itu sendiri. Mereka berasa selasa dengan agama Islam yang menunjangi kehidupan umat Islam seharian (Norlaila, 2009).

3.      Menghidupkan Semangat Musyawarah
Masjid adalah tempat untuk bermusyawarah, bukan sahaja di antara para pentadbir dengan jawatankuasanya, juga pentadbir dengan jemaahnya, bahkan di antara sesame masyarakat setempat. Pada kebiasaanya imam masjid atau ahli jawatankuasa dapat bertindak sebagai penyelesai masalah atau apa pertikaian yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Apa jua perancangan atau projek baru yang bertujuan untuk meninggikan syiar Islam dan menghidupkan semangat keislaman perlulah dibincangkan bersama.

Bagi menjayakan lagi peranan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke peringkat maksimum, pihak masjid turut mengadakan dialog komuniti di antara Ahli Jawatankuasa masjid dan masyarakat dari masa ke masa. Sehinggakan, pertemuan ini berjaya mengumpulkan ketua-ketua agama lain dan juga ahli politik daripada parti yang berbeza atas dasar toleransi dan perdamaian. Dialog ini dilihat sebagai satu kejayaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam menyatukan masyarakat sama ada beragama Islam atau tidak. Ia juga secara tidak langsung sebagai satu dakwah kepada golongan bukan Islam dalam bermuamalah dengan mereka.

4.      Membantu membanteras jenayah
Pihak masjid turut membantu membanteras jenayah dengan mengaktifkan Biro Nahi Munkar. Ia berkerjasama dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras jenayah sivil dan syariah serta gejala sosial yang kian merunsing. Biro Nahi Munkar mendapat penghargaan pada tahun 2011 sempena hari polis dari Ibu Pejabat Polis (IPK) Shah Alam atas sumbangannya membantu membanteras jenayah dalam kalangan masyarakat.

5.      Menggalakkan pembangunan ekonomi
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memberi peluang kepada peniaga dengan mewujudkan bazar jumaat pada hari jumaat. Dianggarkan lebih 50 buah gerai dibuka pada hari jumaat dan ia secara langsung membantu masyarakat setempat menjana ekonomi melalui penjualan barang-barang dan makanan. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 untuk satu tapak perniagaan.


6.0       KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep kesenian menurut Islam sebagai memenuhi naluri asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan. Islam itu diturunkan untuk memberi petunjuk kepada manusia bagaimana mewujudkan kesenangan di dunia dan di akhirat. Kesenian adalah jawapan kepada fitrah manusia yang memerlukan kesenangan. Seni itu harus mempunyai unsur moral dan kesenangan yang diusahakan itu haruslah tidak merosakkan keselamatan. Seni juga tidak seharusnya melampaui batas-batas yang digariskan di dalam syariat. Seni bina merupakan mercu tanda bagi melambangkan kesatuan dan keharmonian umat Islam sejagat. Ia merupakan satu asas yang penting di dalam membina sesebuah tamadun Islam seperti zaman-zaman terdahulu. Kewujudan seni bina Islam telah berjaya menarik minat masyarakat dunia kerana keunikan seni bina itu tersendiri.

Masjid merupakan tunjang utama dalam pembangunan masyarakat Islam di Malaysia kerana dengan cara ini dapat menyubur dan mengukuhkan Islam dalam hati masyarakat dan agama Islam dapat kekal bertapak di bumi Malaysia. Bahkan, masjid menjadi pusat menghimpunkan pelbagai golongan usia dalam melakukan pelbagai aktiviti bersama. Walaupun Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap kewangan masyarakat Islam. Mereka tetap memantau kebajikan masyarakat. Kemajuan Islam bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan masyarakat Islam menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik mungkin.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Halim Nasir (1995), Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad Kamal Abdullah (1990), Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan, A. (1992). Penggunaan dekorasi senibina Islam dalam senibina masjid di Malaysia/Hamdan Bin Arifin (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi MARA).

Manja Mohd Ludin et.al (1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nasir, A. H. (1995). Seni bina masjid di dunia Melayu-Nusantara. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Noorasikin Tumiran & Ezad Azraai Jamsari. 2009. Laporan Kajian Lapangan Ke Singapura Kali Pertama. Pendidikan Islam di Singapura masa kini. Masjid Assyafaah, Sembawang, Singapura, 8-11 Jun.

Suriani Sahran. 2007. Laporan Latihan Amali/Industri FPI. Masjid Assyafaah (Pusat Hadis @ Darul Hadis), Singapore, 7 Mei-2 Julai.






Biar kami bantu anda!

Alamat:

Internet, Kuala Lumpur.

Telefon:

Sila Emel

Waktu:

Isnin - Khamis: 10am - 6pm
Jumaat: Selepas Solat Jumaat
Sabtu - Ahad: Sila Emel.